31 Januari 2011

HADIAH KEMENANGAN DUN LABIS - MINYAK NAIK LAGI

Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen berkuatkuasa tengah malam ini menurut satu sumber industri.

Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter (RM2.40 sebelumnya).

Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.

Kenaikan harga ini juga dilakukan sehari selepas pilihan raya kecil DUN Tenang yang berlangsung semalam.

Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari tahun ini.

Harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.

Apungan itu diperkenalkan tahun lalu dan satu gred baru petrol RON95 turut diperkenalkan.

Harga bagi RON95 kini ditetapkan pada kadar RM1.80 seliter.

Pengurangan subsidi bagi bahan keperluan seperti petrol telahpun mula diperkenalkan melalui Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) sejak awal tahun lalu.

Badan berkenaan ditubuhkan bagi mengurangkan beban subsidi negara.

ANDA SEDANG DIPERHATI OLEH KERAJAAN MALAYSIA

Sekumpulan NGO hari ini menyuarakan rasa curiga terhadap usaha terbaru kerajaan memperkenalkan kawalan ke atas Internet melalui peluasan skop Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA).

Langkah kawalan itu dikhuatiri mempunyai tujuan politik tertentu memandangkan ia diumumkan ketika negara sedang menghadapi kemungkinan berlakunya pilihan raya umum pada tahun ini, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Pusat Kewartawanan Bebas Malaysia (CIJ Malaysia) hari ini.

"(Ini) kerana Internet dikatakan faktor penyumbang kepada keputusan pilihan raya (BN) yang paling teruk dalam empat dekad pada tahun 2008.

"Malah, kerajaan persekutuan nampaknya mencontohi negara (Singapura) di mana kerajaan yang dipimpin Parti Tindakan Rakyat meningkatkan gangguan dan kawalan terhadap media dalam talian menjelang pilihan raya," kenyataan itu dipetik.

Kumpulan berkenaan berpendapat, langkah menyekat ruang Internet itu "amat mengerikan" sekiranya peruntukannya turut meliputi penerbitan dalam talian.

"Menteri dalam negeri (Datuk Seri) Hishammuddin Hussein berkata pindaan tersebut masih di tahap perbincangan dan masih 'terlalu' awal untuk dipersoal oleh pihak media dan orang awam.

"Namun bagi kami, kekurangan ketelusan dan rundingan awam juga merupakan sebahagian daripada masalahnya," menurut kenyataan bersama oleh Charter 2000-Aliran, Writers Alliance for Media Independence dan 1Muted Malaysia itu.

Kumpulan itu menjelaskan pendekatan kerajaan yang didakwa "tidak telus" dalam memperkenalkan undang-undang itu akan menimbulkan kegusaran kepada orang awam.

"Ketiadaan rundingan awam dalam perkara-perkara yang memberi kesan besar terhadap masyarakat menunjukkan bahawa hal-hal ini besar kemungkinannya bermasalah.

"Namun kerajaan masih berkeras mahu meneruskannya tanpa mengendahkan pendapat orang awam," menurut kenyataan yang disokong 17 NGO lain termasuk Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT), Lawyers for Liberty serta Gerakan Demokratik Pelajar dan Belia Malaysia (Dema). Mkini

30 Januari 2011

KEPUTUSAN RASMI DUN TENANG - BN MENANG


Berikut adalah keputusan PRK DUN Tenang (N5).


Mohd Azahar Ibrahim (BN) - 6699

Normala Sudirman (PAS) - 2992

Undi Rosak - 142

Majoriti - 3707

Jumlah Undi - 9833

Peratus Mengundi - 67 %

BN mengekalkan kemenangan dan berjaya menambah bilangan majoriti undi sebanyak 1215 berbanding 2,492 sebelumnya (2008).

Apa-apa pun tahniah kepada calon yang menang dan tak lupa juga kepada makcik dan pakcik felda yang setia memenangkan calon pilihan mereka.

PAK DIN TAK CONFIDEN BN MENANG BESAR

LABIS, 30 Jan — Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata peluang Barisan Nasional (BN) untuk menang besar dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang hari ini akan terjejas sekiranya peratusan keluar mengundi rendah ekoran cuaca hujan lebat.

Timbalan Perdana Menteri itu bagaimanapun yakin BN yang meletakkan Mohd Azahar Ibrahim sebagai calon akan tetap memenangi pilihan raya kecil itu.

“Kalau peratusan (keluar) mengundi rendah ia boleh jejaskan harapan terutama BN untuk raih sokongan besar.

“Kemenangan itu Insya-Allah, harap seberapa banyak pengundi akan keluar kerana ia akan tentukan majoriti kita.

“SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) juga telah keluarkan arahan kepada pihak berkuasa untuk membawa keluar pengundi (yang terjejas) banjir, jangan bimbang masih ada peluang untuk keluar,” katanya pada sidang media di sini.

Beliau menjelaskan hujan lebat yang berlaku sejak awal pagi tadi akan menjejaskan kelancaran proses pilihan raya bagi memilih wakil rakyat baru di kawasan itu.

BN meletakkan Mohd Azahar, bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit manakala PAS-Pakatan Rakyat menurunkan Normala Sudirman, Ketua Muslimat PAS Labis.

“Peratusan mengundi boleh menjejaskan kelancaran, faktor-faktor ini boleh beri kesan.

“Menurut maklumat yang saya terima, pengundi yang sudah keluar hampir 40 peratus . . . boleh tahan walaupun hujan lebat.

“Ada kesedaran pengundi, walau apa pun terjadi mereka tetap keluar mengundi. Kalau yang sokong BN akan tetap keluar,” kata Muhyiddin.

Mengulas kejadian hujan lebat dan banjir yang berlaku di beberapa tempat di DUN Tenang, Menteri Pelajaran itu berkata langkah keselamatan akan diambil untuk membantu penduduk.

“Agar luar biasa, hujan lebat dan banjir. Saya juga saksikan beberapa kampung berpindah dan mereka adalah pengundi.

“Saya juga ada menerima maklumat ada beberapa kawasan yang terputus hubungan, SPR dan pihak berkuasa juga terlibat untuk membantu,” katanya.

Hujan lebat yang berlaku sejak pagi tadi menyebabkan seramai 14,753 menghadapi kesukaran untuk menjalankan tanggungjawab mereka.

Tinjauan The Malaysian Insider mendapati beberapa kawasan petempatan penduduk dinaiki air, malah jalan keluar dilalui penduduk juga tidak dapat digunakan.

29 Januari 2011

TERGAMAK NAJIB TIPU RAKYAT

Najib berkata, "Atas semangat 1Malaysia, yang mana Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan, saya telah meminta para pemegang konsesi mengkaji semula struktur tol bagi konsesi masing-masing sebagai langkah membantu kerajaan memakmurkan negara dan mengurangkan bebanan rakyat.

"Menyahut seruan kerajaan ini, dua orang ahli korporat yang juga pemegang saham terbesar sebuah syarikat konsesi tol telah tampil mengemukakan satu cadangan penstrukturan tol melalui perolehan aset-aset konsesi yang akan memberi impak yang besar kepada rakyat.

"Berdasarkan cadangan ini, saya dengan sukacitanya memaklumkan bahawa tiada kenaikan tol untuk lima tahun akan datang bagi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 yang dicadangkan bakal dimiliki oleh dua orang ahli korporat tersebut," kata beliau pada sidang akhbar di Bangunan Perdana Putra di sini.

Cukai GST=RM4.02 setiap bulan

Hoi!... korang perasan tak yang Najib dah main-mainkan korang... Yang dia umum tol tak naik tu untuk orang ulang-alik ke negeri Najib dan Pantai Timur jer!... Berapa ramai pengguna tol yang menggunakan perkhidmatan ke pantai timur berbanding lebuhraya PLUS, LDP, Kesas dan sewaktu dengannya. Apasal Najib tak umum sekali tiada juga kenaikan serta dikecualikan bayaran kepada pengguna jalanraya dari Labis ke Segamat.

Najib cuma bagi jaminan tak naikkan harga tol tapi korang dah terkena sebab mulai bulan ini, korang dah dikenakan cukai GST pada bil Astro dan lain-lain bil utilities. Padan muka korang yang setia tak bertempat pada dacing senget selaku pelopor Barang Naik.

Kalau 1 bulan kerajaan Najib berjaya kutip RM4.02 seorang, bayangkan jika pengguna Astro ada 1 juta orang. RM4.02 X 1 bulan X 1 juta pengguna = RM4.02 juta. Itu baru cukai bil Astro. Macam mana dengan bil-bil utilities yang lain serta barang-barang keperluan harian yang akan dikenakan GST nanti.

Itu hari kabinet Najib kata, GST tak akan dilaksanakan dalam masa terdekat. Sekarang kan dah kena dengan bil Astro.

Lu orang pikirlah sendiri bagaimana liciknya pentadbiran Najib perdaya korang. Patut pun Najib mampu sogok setiap kali diadakan pilihanraya kecil kerana Najib ada wang tersembunyi. Dia turunkan yang itu tetapi dia naikkan yang ini.

Kah!...3X. Inilah hasil tarbiyah penasihat Apco kepada kerajaan Barang Naik.

28 Januari 2011

NAJIB PERNAH SAKIT TAPI KERJA JUGA, MENGAPA TAK BISING PUN

Riuh 1Malaysia pencacai blog dan akhbar UMNO mempertikaikan dan menjaja berita Maarof Abd. Mutalib, 45, yang juga suami calon Pas, Normala Sudirman aktif berkempen membantu isterinya sedangkan beliau mengambil cuti sakit.

Apa ker... bodoh pencacai-pencacai UMNO nie!.. Apakah jika kita sakit maka kita tidak mampu bergerak kemana-mana. Maarof bukannya sakit patah kaki atau pinggang sehingga menyebabkan dia tidak mampu berjalan.

Saya juga pernah sakit selama sebulan tapi mampu juga bergerak pergi ke mesjid dan ke hospital.

Suatu ketika dulu Najib juga pernah cuti sakit tetapi tetap juga bekerja, baca disini. Korang tak pertikai pulak!... Bangang punya pencacai UMNO-Barang Naik.

Walaupun diberi cuti sakit dan dinasihatkan untuk berehat di rumah, Datuk Seri Najib Razak masih melakukan tugas-tugas sebagai Perdana Menteri.

“Saya merasa rimas kerana duduk berehat sahaja. Saya (sudah biasa) sentiasa sibuk,” katanya dan menambah beliau telah mengisi masa tersebut dengan membaca.

Najib demam cacar sebaik kembali dari menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-17 di Hanoi, Vietnam tahun lepas.

27 Januari 2011

CALON BN LABIS BERHADAPAN TINDAKAN SAMAN

Sebelum ini MiLo SuaM telah mendedahkan bagaimana calon BN yang pernah menjawat jawatan Penolong Pentadbir Tanah daerah Segamat, akibat kecuaiannya telah menyebabkan sebidang tanah milik penduduk dilelong kepada pihak ketiga secara tidak sah. [Calon BN DUN Tenang].

Pemilik tanah yang tidak berpuas hati telah membawa perkara ini ke Mahkamah Tinggi Muar untuk menuntut keadilan, hasilnya Calon BN Datuk Ai telah kalah di dalam perbicaraan dan tanah tersebut berjaya dikembalikan kepada tuan punya yang asal pada tahun 2008 bersama kos kerugiannya. [Dokumen mahkamah]

Namun begitu pembeli (pihak ketiga) yang telah membeli tanah tersebut dengan harga RM 70, 000 telah mengalami kerugian yang besar akibat kes ini, lantas melantik peguam untuk mengeluarkan saman sivil dengan menamakan Datuk Ai sebagai defenden pertama diikuti oleh Pegawai dan Pejabat Tanah Segamat, serta Kerajaan Negeri Johor.

Hari ini, di dalam sidang media yang dilaporkan oleh Malaysiakini, Pengarah Pilihanraya PAS, Salahuddin telah mendedahkan bahawa Calon BN Mohd Azahar Ibrahim telah disaman bersama-sama dengan Pegawai dan Pejabat Tanah Daerah Segamat, serta Kerajaan Johor sebanyak RM 1.5 Juta sebagai ganti rugi akibat kerugian yang dialami oleh pembeli. [Malaysiakini]


Kes saman Rm 1.5 Juta ini difailkan pada tahun 2009 dan akan didengar di mahkamah pada 7 Febuari 2011 ini. Namun begitu Calon BN ini dilihat berbohong apabila mengatakan bahawa kes tanah tersebut sudah selesai. [Utusan]

Nampaknya wang RM 1.5 Juta milik kerajaan Negeri Johor bakal digunakan untuk membayar tuntutan saman ini sekiranya kes ini kalah. Belum apa-apa dah menyusahkan Negeri Johor!


source: milosuam

26 Januari 2011

CALON BN TARIK DIRI DI LABIS

Akibat malu dari perbuatan ahli dan penyokong UMNO yang membuat provokasi semasa ceramah Lim Guan Eng pada malam semalam, calon DUN Labis mungkin menarik diri dari menjadi calon di DUN berkenaan. Perbuatan ini amat memalukan penduduk tempatan serta UMNO Labis.

Ini disebabkan salah seorang dari ahli UMNO yang mengaku orang tempatan Felda Chempelak Barat rupa-rupanya adalah orang luar dari felda berkenaan.

Beberapa orang lama yang ditemui di situ langsung tidak mengenali beliau malah tidak ada seorang pun saudara mara pemuda tersebut tinggal di Chempelak. "Kami berasa kesal serta malu akibat perbuatan pemuda itu yang memalukan kampung kami", kata seorang pakcik. Sumber ABN.

BERUK-BERUK UMNO GANGGU LIM GUAN ENG BERCERAMAH

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng malam tadi 'disambut' oleh sekumpulanyang memakai baju-T BN yang berhimpun membantah kehadirannya dalam satu ceramah di Felda Chempelak Barat dalam kempen pilihan raya kecil DUN Tenang.

Kumpulan kira-kira 30 orang itu berhimpun di sebuah halaman rumah seorang penduduk yang terletak bertentangan dengan tempat ceramah tersebut tersebut.

Malah, di pintu masuk ke Felda tersebut, terpampang sebidang kain rentang yang membantah kehadiran Guan Eng ke situ.

Kumpulan tersebut yang memakai baju BN kelihatan berada di situ sejak jam 9 malam, iaitu lebih satu jam sebelum Guan Eng tiba di Felda berkenaan yang mempunyai 1,217 pengundi.

Dalam hujan renyai-renyai, kumpulan tersebut melaungkan antaranya "Jangan kacau Chemplak, balik!" dan "Hidup BN, Hancur PAS". Mereka juga membuat rantai tangan bersama-sama menyanyikan lagu "Inilah barisan kita".

Kelihatan juga seorang daripada mereka memegang poster yang tertulis: "Jangan jadi bodoh dengar cakap si kafir" sambil rakannya yang lain mengibarkan bendera BN.

Kira-kira jam 10.40 malam - Guan Eng yang sebelum itu berceramah di Bandar Labis Tengah - tiba di Felda berkenaan di tengah-tengah pekikan "Balik Guan Eng" dan "Woi, balik lah woi" dari kumpulan tersebut, dengan hujan turun renyai-renyai.

Hal demikian menyebabkan kira-kira 15 anggota polis, hadir mengawasi kumpulan tersebut dan seorang pegawai polis menasihati mereka supaya tidak menggangu ceramah berkenaan.

Sebaliknya mereka berjanji akan beredar daripada kawasan berkenaan sebaik sahaja Guan Eng yang juga ahli parlimen Bagan selesai menyampaikan ucapannya.

Sewaktu Lim menyampaikan ceramah yang berkisar mengenai pentadbiran beliau yang mengembalikan peruntukan sekolah agama rakyat (SAR) di Pulau Pinang, kumpulan tersebut berselawat, bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir beberapa kali.

Dalam ucapannya juga, Lim - yang juga anak lelaki tokoh DAP Lim Kit Siang - membidas Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek yang membangkitkan isu calon PAS Normala Sudirman tidak mahu bersalam dengan lelaki.

"Cikgu Mala kata, bukan sahaja lelaki Cina dia (Normala) tak salam, lelaki Muslim pun dia (Normala) tak salam. (Jadi) beliau seorang yang bertaqwa.

"Kita kena hormat (prinsipnya), apa salahnya. (Itu pun) tak fahamkah," katanya disambut gelak ketawa kira-kira 150 penyokong.

"Kita kena hormat prinsip dan keimanan orang lain, asalkan beliau tidak rasuah dan makan wang (rasuah), beliau orang baik," katanya sambil membidas Soi Lek yang enggan memohon maaf berhubung kenyataan tersebut yang didakwanya "cuba merosakkan nama Cikgu Mala".

Meneruskan bidasannya terhadap Soi Lek, Lim yang juga ADUN Air Puteh turut mengingatkan agar Soi Lek jangan memainkan isu tersebut dalam kempen pilihan raya kali ini dan meminta Umno supaya presiden MCA itu meminta maaf.

"Kalau Cikgu Mala tak mahu salam, ini bukan isu, jadi (Chua Soi Lek) tarik baliklah... Adakah dia (Soi Lek) salam dengan Cikgu Mala, baru dia puas," sindir Lim.

Sehubungan itu, beliau meminta pengundi yang hadir sekiranya calon PAS tidak bersalah dan tetap dengan prinsipnya tidak bersalam dengan lelaki bukan muhrim - supaya menyokong Pakatan Rakyat.

Ucapan Guan Eng selama kira-kira 15 minit itu, disambut dengan laungan beramai-ramai dari kumpulan berkenaan "Siapa tipu... Guan Eng". Kira-kira jam 11.05 malam, kumpulan itu pun beredar dan tiada sebarang tangkapan atau insiden yang tidak diingini berlaku.

24 Januari 2011

ANAK PELAKON FILEM PRONO BUAT FITNAH

LABIS, 24 Jan — PAS Johor mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Ahli Parlimen Labis Chua Tee Yong kerana didawka telah memfitnah calon PAS-Pakatan Rakyat Normala Sudirman ketika kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

Laporan akhbar harian China Press hari ini memetik Chua, anak Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, sebagai berkata Normala ada bertanya kepada seorang peniaga Cina “kenapa jual minuman arak” ketika berkempen.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Dzulkefly Ahmad, pihaknya akan menyaman Chua kerana telah membuat tuduhan yang tidak berasas.

Selain itu, Dzulkefly memberi tempoh 24 jam kepada Chua untuk membuktikan tuduhan tersebut.

“Tuduhan itu adalah satu pembohongan, dalam masa 24 jam kita minta Tee Yong untuk buktikan nombor kedai, tempat dan masa kejadian itu berlaku.

“Kalau gagal kita akan hantar surat peguam dan memfailkan saman fitnah di mahkamah.

“Calon kita tidak lakukan perkara itu, jadi kita minta Chua Tee Yong buktikan kepada kita,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua menggesa Chua supaya meminta maaf kepada Normala kerana telah membuat tuduhan palsu.

“Chua Tee Yong kata Normala pergi ke sebuah kedai kopi dan jumpa dengan bos kedai itu kenapa jual arak?

“Ini adalah satu tuduhan palsu yang dibuat oleh Chua Tee Yong, saya dah maklumkan kepada PAS dan Normala sendiri menafikan perkara itu,” katanya.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu percaya tuduhan yang dibuat Chua itu adalah kerana mahu menakut-nakutkan pengundi-pengundi bukan Melayu di kawasan Tenang.

“Ini adalah untuk takutkan pengundi Cina, ia adalah satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab, dia (Chua) perlu minta maaf kepada Normala,” katanya.

Sebelum ini MCA telah menimbulkan kontroversi mengenai cara bersalam Normala yang enggan bersalam dengan lelaki.

Kontroversi itu terlebih dahulu ditimbulkan Dr Chua dan ia diikuti beberapa pemimpin MCA yang turut mempertikaikan pendekatan Normala itu.

Selain itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub pula berkata tuduhan itu dibuat kerana mahu menimbulkan keresahan di kalangan pengundi bukan Melayu khususnya orang Cina.

“Cikgu Mala (Normala) telah menafikan sekeras-kerasnya bahawa itu adalah tuduhan berniat jahat.

“(Ia) satu perancangan yang jahat untuk menimbulkan keresahan dan ketakutan orang Cina,” katanya.

Gelanggang kempen kerusi DUN Tenang dibuka secara rasmi kelmarin dengan menyaksikan persaingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat.

BN menurunkan Mohd Azahar Ibrahim iaitu bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit.

Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan berikutan kematian penyandangnya dari BN, Allahyarham Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember lalu.

Hari pengundian adalah Ahad ini. Malaysian Insider

22 Januari 2011

PILIHAN RAYA SERENTAK - 1MALAYSIA

Najib tidak memberi sebarang petunjuk sama ada beliau akan mengadakan pilihan raya umum ke-13 serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak.

Bagaimanapun, katanya, beliau akan mempertimbangkan sebarang kemungkinan.

“Boleh... tunggu dan lihat,” katanya ketika ditanya oleh pemberita sama ada Barisan Nasional (BN) bersedia menghadapi dua pilihan raya secara serentak baru-baru ini.

“Dalam pilihan raya, sebarang kemungkinan boleh terjadi,” kata Najib, yang juga Pengerusi BN, selepas melancarkan Dana Belia 1 Malaysia.

Sebelum ini, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Talib Mahmud dilaporkan sebagai berkata beliau akan berbincang dengan Najib dengan kemungkinan mengadakan pilihan raya Parlimen dan Negeri secara serentak.

Taib, yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, berkata beliau telah mempunyai ilham untuk mengadakan pilihan raya negeri namun tidak dapat menentukan tarikhnya.

Mandat Dewan Undangan Negeri Sarawak berakhir Julai ini manakala Parlimen pula April 2013.

Mengenai kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Najib yang dipetik Bernama berkata, pilihan raya kecil bagi kerusi itu merupakan sesuatu yang tidak diduga sama sekali dan tidak dapat dielakkan.

Haha!... itu tandanya Najib dah beri isyarat kepada pemimpin-pemimpin UMNO-BN supaya bersiap sedia untuk hadapi PRK13 tahun ini. Bila tarikhnya!.. hanya Najib dan Rosmah sahaja yang tahu.

20 Januari 2011

PROJEK KEBETULAN UMNO BAKAL KE MELAKA PULA, NANTIKAN!...

masih kritikal disini

HRP DEMO DI PROGRAM THAIPUSAM PM

Beberapa anggota Parti Hak Asasi Manusia (HRP) ditahan pagi ini dalam satu demonstrasi yang bertukar liar di tapak sambutan Thaipusam di Batu Caves.

Sambutan berkenaan dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pagi ini.

Lebih 20 orang anggota polis mula bertindak ke atas kumpulan berkenaan yang mengadakan demonstrasi itu bagi memprotes buku teks sastera Interlok.

Tindakan itu dilakukan ketika ketua penerangan HRP S Jayathas yang mengetuai kumpulan itu sedang membacakan satu kenyataan.

Pada masa yang sama, Najib sedang menyampaikan ucapan di dalam kompleks kuil berkenaan.

Pergelutan kecil turut berlaku apabila kira-kira 15 orang anggota HRP cuba membolosi kawalan polis berhampiran pintu pagar kuil.

Peserta demonstrasi berkenaan turut dilihat membawa poster antaranya dengan slogan "mansuhkan Interlok", "Pemuda Tamil tidak sokong BN" dan "Kami mahu keadilan."

17 Januari 2011

NORMALA SUDIRMAN CALON PAS MEWAKILI PR

Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Johor, Normala Sudirman diumumkan sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, 30 Januari ini.

Pengumuman itu dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di majlis pengisytiharan calon di Dataran Wayang Pacak, dekat sini, malam ini.

Normala, 38 merupakan seorang guru lulusan Maktab Tuanku Bainun, Pulau Pinang sebelum meletakkan jawatan pada akhir 2010 kerana mahu menumpukan sepenuh masa kepada tugas parti.

Beliau yang dilahirkan di Kampung Serom 3, Muar Johor ini merupakan anak sulung daripada lima orang adik beradik.

Bapanya, Sudirman Suratman merupakan bekas ketua peserta Felcra dan juga pengerusi koperasi Felcra Sekijang manakala ibunya Mukmini Yahya juga merupakan peneroka Felcra.

Beliau yang mesra di kalangan penduduk setempat dengan panggilan Cikgu Mala, mendirikan rumah tangga dengan Makrof Abd Mutalib dan mempunyai tiga orang anak.

Normala mula bergiat aktif dalam PAS selepas tamat pengajian di maktab pada tahun 1997.

Pada tahun 2000 beliau dilantik sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Labis.

Selain Ketua Muslimat Johor, beliau juga merupakan Exco Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat.

Kini beliau menumpukan kepada usaha membantu masyarakat Labis setelah dipertanggungjawabkan sebagai penyelia pusat aduan rakyat Dun Tenang.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad, Ketua Muslimat PAS Pusat, Nuridah Salleh, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin, Ketua Wanita DAP, Chong Eng dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang lain.

12 Januari 2011

AHLI MCA PULA TAK PUAS HATI TENTANG AZAN DI MASJID PANTAI DALAM

Seorang peguam dan ahli seumur hidup MCA dari Pantai Hill Park tidak berpuas hati dengan berkumandangnya azan di Masjid Al-Khadijah Pantai Dalam. Nama cina MCA dari parti sekutu rapat UMNO-BN tersebut ialah NG KIAN NAM yang beralamat di No. 1-21-4, Phase 2, Pantai Hill Park, Pantai Dalam, 59600 Kuala Lumpur dan boleh dihubungi melalui HP: 012-6973840 dan email: wu_jiannan79@yahoo.com

Beliau telah menulis surat kepada PM Najib, Hishamuddin, Raja Nong Chik, Jamil Khir, Nazri Aziz dan Koh Tsu Koon pada 20 Dis 2010 yang lalu dan telahpun dihantar melalui fax dan email.

Kalau dulu MP Kepong (DAP), Dr Tan Seng Giaw pernah dihentam teruk oleh penyokong-penyokong UMNO-BN kerana membangkitkan isu azan di Taman Putera, Jinjang Utara dan sekarang ini saya nak tengok adakah penyokong-penyokong UMNO-BN juga akan melakukan perkara yang sama terhadap ahli MCA selaku sekutu rapat UMNO-BN. UMNO jangan hanya berani pada DAP!... tapi takut pada MCA.

Di bawah ini adalah salinan surat dari peguam/ahli MCA berkenaan.

Klik pada gambar untuk besarkan.

Komen: Saya juga tertarik dengan tulisan yang menamakan dirinya -mrcoconut- dalam isu yang sama suatu ketika dulu seperti di bawah:

Orang bukan Islam mahu orang Islam perlahan atau hapuskan terus azan subuh hanya kerana alasan mengganggu tidur? Pernah dahulu azan subuh disamakan mengganggu seperti salakkan anjing.

Sekurang-kurangnya azan subuh kami hanya sekejap, 2 ke 3 minit sahaja. Tetapi kami ingin komplen di sini, rasa terganggu dah lama dah dan minta, menuntut:

1. COLOK - Kami minta penganut buddha jangan membakar colok kerana colok itu mendatangkan asap yg menyesakkan hidung dan membakar paru-paru anak-anak kami. Jiran-jiran terdekat yang alahan boleh sahaja terkena astma dan batuk kerana asap colok-colok di rumah tokong kamu itu. Boleh kah? Azan kami membingitkan telinga anda sekejap sahaja tetapi asap colok penganut buddha merupakan air pollution yg menjejaskan kesihatan berbanding azan.

2. ASAP DUPA, BAKAR KEMENYAN - Begitu juga asap dupa penganut buddha atau hindu yang suka membakar kemenyan dan perasap rumah sebagai antara ritual agama. Bolehkan penganut buddha atau hindu jangan pasang asap dupa. Ia menyucuk hidung dan membuat kami orang Islam tidak selesa dan seperti asap colok, ia pencemaran udara dan menjejaskan kesihatan berbanding azan.

3. JANGAN MAIN GENDANG ORANG MATI KAT TAMAN, MAIN KAT JIRAT - Penganut buddha main gendang di hari kematian dari rumah hinggalah sepanjang jalan ke jirat. Bunyi gendang penganut buddha di ritual kematian sungguh kuat dan gemerincing mengganggu jiran-jiran dan menyebabkan anak-anak kami tak boleh tidur, tak boleh belajar dan mengganggu kedamaian dan ketenangan kami. Kadang-kadang gendang dimainkan sekerat hari. Walaupun ini jarang mengikut kematian tp ia buat jiran-jiran tak boleh duduk kat rumah kerana bising gendang yg di palu. Bolehkan penganut buddha bertolak ansur jangan main gendang kuat-kuat lama-lama. Mengapa tak di palu kat jirat sahaja. Azan kami tak sampai pun 5 minit.

4. JANGAN BUNYI LOCENG AISKRIM WAKTU PETANG - Penganut hindu pula akan goncang loceng aiskrim waktu ritual agama mereka, selalunya waktu petang. Sebagaimana gendang orang mati ia juga bising, gemerincing dan membuat gigi jiran-jiran sengau dan ngilu.

5. HENTIKAN PEMBAZIRAN LETAK KUIH DAN BUAH YG MENDATANGKAN LALAT DAN SEMUT- Rumah-rumah tokong penganut buddha di depan rumah penuh dengan buah dan kuih. Kalau letak kuih, buah tipu (plastik) tak apa, tapi kuih, buah mendatangkan lalat dan semut. Juga ia satu kepelikan jadi boleh di hapuskan amalan letak buah dan kuih kat tokong kecil tu.

6, 7, 8, 9..... ada lagi, tapi cukup 5 dahulu, boleh tolak ansur ke... sebagaimana orang bukan Islam mahu orang Islam bertolak ansur jangan azan subuh dikuatkan. Sedangkan azan tu memang di pasang untuk di dengar jauh, jadi mestilah kuat dengarnya.

Banyak lagi yang orang Islam selama ini tolak ansur. Dan sebagaimana orang bukan Islam memandang azan orang Islam itu bising, tak patut, mengganggu dan patut samada di hapuskan terus, pada masa sama orang Islam dan bukan penganut agama seperti kamu juga tidak sukakan asap-asap colok, pembakaran dupa, gendang orang mati dan jamuan buah dan kuih yang tak bertamadun.

Azan orang Islam bising sekejap. Tapi asap penganut agama lain yang membakar colok, dupa merupakan pencemaran udara dan menjejas kesihatan.

Sekarang apa perasaan penganut agama lain, baik cina, india.. jika orang Islam dan bukan penganut agama seperti mula menuntut seperti di atas? Bolehkah bertolak ansur?

Dan jika sedikit persoalan yang di utarakan di atas dirasakan amat melampau maka pikirlah sendiri tuntutan anda, orang bukan Islam yang menyentuh perihal azan kami orang Islam.

Sekurang-kurangnya kami orang Islam di ajar menghormati hak penganut agama lain.

Jadi setiap kali penganut agama lain rasa azan orang Islam itu tak patut cuba fikir ritual agama sendiri dulu adakah patut.

Sekurang nya orang Islam tak pernah menyentuh hak orang lain. Jadi jangan biadap sentuh hak orang Islam. Sama-sama kita bertolak ansur.

-mrcoconut-

10 Januari 2011

MAKCIK DAN PAKCIK! JPJ AKAN MASUK KAMPUNG DAN FELDA

Utusan Meloya - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan lalu lintas di semua jenis jalan termasuk jalan kampung dan kawasan perumahan.

Timbalan Ketua Pengarahnya, Datuk Ismail Ahmad berkata, ia berikutan pindaan Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang telah diluluskan oleh Dewan Negara, 22 Disember lalu.

Katanya, penguatkuasaan itu akan dilakukan dalam masa terdekat.

Menurutnya, sebelum ini, tumpuan JPJ hanya di lebuh raya, jalan Persekutuan, jalan negeri dan jalan perbandaran.

"Namun kini mereka yang menggunakan jalan seperti di ladang, kebun, kampung serta kawasan perumahan juga tidak akan terlepas, sekiranya melakukan kesalahan. Selanjutnya

Dalam blog pro kerajaan pun dah mengeluh pasal isu ini.

Komen: Bagus juga cadangan nie!... Saya setuju benar dengan cadangan penguatkuasaan ini oleh JPJ dari kerajaan Barisan Nazional. Kepada Pakcik-pakcik dan Makcik-makcik felda serta orang kampung, lepas ini kalau korang menunggang motorsikal yang dah tamat tempoh cukai jalan atau tak berlesen langsung ada harapan kena saman. Lepas nie pakcik-pakcik dan makcik-makcik pikirlah sendiri yang kerajaan BN sebenarnya nak dahulukan rakyat dan bukannya nak susahkan rakyat di kampung.

Sukanya aku pasal lepas nie... ramailah rakyat felda dan kampung akan tolak BN. Sebabnya!... lu pikirlah sendiri...

JUARA AJL25

Anugerah Juara Lagu ke-25 (AJL 25) sudah sampai kemuncaknya. Berlangsung sebentar tadi (9 Januari 2011) di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur bermula jam 9 malam, AJL 25, menyaksikan 14 buah lagu berentap bagi mengungguli anugerah berprestij itu.

Apa yang pasti, segalanya telahpun terjawab pada malam Ahad ini. Lagu 'Tolong Ingatkan Aku' nyanyian Ana Rafali yang juga sebagai komposer dan penulis lirik lagu tersebut sebagai juara AJL25 pada kali ini.

09 Januari 2011

PENDUDUK KG JALAN KEBUN YANG BEBAL TERLUPA DENGAN PERISTIWA INI


Kira-kira 300 penduduk Kampung Jalan Kebun di Klang hari ini mengadakan demonstrasi secara aman bagi membantah tindakan ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafie yang didakwa mengeluarkan
kenyataan biadap terhadap Sultan Selangor dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim atas dakwaan memutarbelit titah ucapan baginda.

Mereka menuntut Shuhaimi agar segera memohon maaf secara terbuka kepada Sultan Selangor dan meletakkan jawatannya sebagai ADUN.

Sambil melaungkan 'Daulat Tuanku' dan menyanyikan lagu 'Selamat Tuanku', penduduk kampung terbabit turut bertindak membakar poster Shuhaimi bagi menggambarkan kemarahan mereka.

06 Januari 2011

JANGANLAH PANDANG UMNO B-end SEHINGGA TIADA KEBAIKKAN LANGSUNG

Baru-baru ini, rata-rata pengguna dari panyokong Pakatan Rakyat terkejut beruk pasal kenaikkan harga minyak petrol RON97 dan minyak tanah sebanyak 10 sen. Kecoh satu Malaya pasal kenaikkan harga tersebut. Apa lah lu orang nie!... baru naik 10 sen dah bising. Itu belum naik sampai RM10.00 seliter.

Dan ada ura-ura juga minyak masak bakal naik harga. Lagi lah kecoh kalau ianya benar-benar dinaikkan. Ini barulah dinamakan 'naik minyak'. Lu orang nak kecoh-kecoh apasal lak!... Memanglah semua barang akan naik. Maklumlah, yang naikkan harga barang pun dari KERAjaan Barang Naik (BN).

Tapi korang perlu bersyukur jugak pasal KERAjaan Barang Naik dan menteri yang menjaga barang naik tak sampai hati nak naikkan harga minyak 'cap kapak' kesukaan makcik-makcik felda dan warga emas. Sekurang-kurangnya, terlepaslah salah satu bebanan (baca: minyak cap kapak) dari bahan yang berasaskan minyak.

Bukankah itu adalah satu kebaikkan dari beratus-ratus kejahatan yang UMNO B-end lakukan terhadap rakyat!... Lu pikirlah sendiri!...

05 Januari 2011

ORANG UMNO PASTI SUKA BERITA INI

Harga petrol RON97 dan minyak tanah masing-masing naik 10 sen seliter mulai tengah malam tadi. Ekoran kenaikan itu, harga petrol RON97 naik kepada RM2.40 seliter manakala minyak tanah kepada RM2.50 seliter.

Komen: Bila pula harga minyak masak bakal naik!... Kami masih setia dan sampai mati tetap bersama dengan UMNO B-end. Naiklah lagi!... BN

03 Januari 2011

TAK HABIS-HABIS NAK TIPU KETUANAN MELAYU

Sekarang ini bekalan minyak masak dah semakin meruncing. Rata-rata pasaraya besar seperti Giant, Carefour, Mydin dan sewaktu dengannya tiada stok. Dengar khabarnya, itu tandanya harga akan naik.

Beberapa kedai runcit dan pasar raya yang saya pergi di sekitar Gombak dan Selayang menyatakan stok minyak masak tiada. Dah 3 hari tiada bekalan stok baru,"kata peniaga.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berkata, pihaknya akan memantau masalah bekalan minyak masak di seluruh negeri. Kepala hotak hangpa, nak pantau apa!... Tak habis-habis nak tipu melayu!...

Jawapan stendet dari puak-puak kementerian dan pak-pak menteri adalah "minyak kita banyak diseludup ke negara jiran". Pigidahhh!... Itu jawapan dah basi dan lali yang kami selalu dengar bila terjadinya krisis kekurangan bekalan barang tertentu.

Patutlah sahabat saya baru-baru ini yang baru balik dari negara Afrika Selatan menyatakan di sana minyak masak keluaran Malaysia berlambak-lambak dipasaran. Beliau juga merasa pelik, sehinggakan binatang anjing peliharaan rakyat negara tersebut diberi minum minyak masak.

UMNO SEBAGAI MAKHLUK PEROSAK


IPOH - Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussain menyeru ahli Pas memastikan kesinambungan perjuangan dapat dipelihara dengan baik dengan memastikan anak-anak dan anggota keluarga mereka menjadi ahli PAS.

Menurutnya, ahli Pas perlu mendaftarkan diri dan ahli keluarga masing-masing dalam daftar pemilih bagi menjalankan tanggungjawab memastikan kemenangan pada setiap kali pilihan raya diadakan. :

Menurut beliau, rakyat sangat memerlukan perubahan politik besar-besaran bagi menyelamatkan negara ini dari penyelewengan dan segala bencana termasuk masalah gejala sosial yang semakin dahsyat.

“Anak-cucu kita adalah antara golongan penting yang perlu membuat perubahan politik secara besar-besaran dalam pilihan raya akan datang bagi menyelamat negara dari penyelewengan UMNO dan Barisan Nasional (BN). :

“Sebagai ahli Pas perlu sedar tanggungjawab besar untuk membuat perubahan politik yang bermula dari diri kita dan memastikan generasi kita menjadi ahli dan pendukung parti bagi kesinambungan perjuangan yang dipegang selama ini,” katanya dalam kenyataan kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Abu Bakar berkata, beliau tidak mahu melihat ada ahli Pas yang mempunyai semangat berkobar-kobar menentang UMNO tetapi tidak pula mahu mengikat anak-anak dalam jemaah yang akhirnya mereka menentang Islam yang kita perjuangkan.

Beliau berkata, Pakatan Rakyat (PR) adalah pilihan terbaik kepada rakyat Malaysia untuk menggantikan kepimpinan negara yang selama ini dikemudikan pemimpin UMNO dan BN.

Menurut Abu Bakar, pemimpin BN telah banyak menggadaikan hak negara dan kepentingan rakyat.

Beliau berkata, lebih buruk lagi apabila generasi muda di Malaysia kini semakin rosak akhlaknya disebabkan punyai pemimpin negara yang juga lebih teruk rosak akhlaknya.

SENAMROBIK SURUH TUTUP AURAT, MASUK MASJID BUKA AURAT

Adab susila masuk masjid cara UMNO

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata orang bukan Islam termasuk ahli politik tidak dihalang memasuki masjid tetapi adabnya seperti etika berpakaian perlulah dihormati.

Mengulas tindakan anggota Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang berpakaian ketat ketika bersenamrobik di perkarangan Masjid Taman Cheras Jaya, Balakong, Selangor baru-baru ini, beliau berkata seorang ahli politik yang memahami pandangan masyarakat berhubung isu keagamaan seharusnya tidak melakukan tindakan yang boleh menyentuh perasaan penganut agama tersebut apatah lagi mengulangi perbuatannya.

"Memang tidak salah masuk ke masjid tapi adab susila harus dijaga. Saya lihat peristiwa berulang ini, seolah-olah tidak mempedulikan perasaan orang lain terutamanya Islam dan masjid.

02 Januari 2011

KRISIS MINYAK MASAK - BN (Barang Naik)




Sekarang ini krisis kekurangan bekalan minyak masak sudah mula dirasai. Inilah hadiah tahun baru 2011 yang bakal dihadapi oleh seluruh warga terutamanya 'ketuanan melayu'.

Dulu, kita dikejutkan dengan kekurangan bekalan gula. Maka berkokoklah juak-juak pencacai dan pengampu UMNO B-end memberi ulasan logiknya kenaikkan harga gula. Berkatalah, "penggunaan gula secara berlebihan boleh membawa kegemukan berikutan kadar kalori yang tinggi dan mendedahkan pengguna kepada pelbagai jenis penyakit termasuk diabetes, kolesterol tinggi, darah tinggi dan penyakit jantung. Oleh itu, kurangkanlah makan manis atau hindarkan terus".

Apabila minyak masak bakal dinaikkan harga, perkara yang sama akan didendangkan sekali lagi oleh menteri yang menjaga kementerian tersebut dengan berkata "kita patut kurangkan makanan yang bergoreng sebaliknya makanlah masakan yang direbus sahaja". Apa punya turr!... mentaliti menteri UMNO.

01 Januari 2011

APABILA ANJING BELAAN UMNO MENGAKU SALAH


PAS bersetuju dengan kenyataan Ketua Polis Negara yang akan memantau laporan media baru yang tidak tepat.

“Cuma PAS mengharapkan supaya pihak polis bertindak sama rata dan sama adil kepada semua yang terlibat, jika melaporkan berita fitnah,” ujar Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Tambahnya, jangan media baru yang dimiliki oleh Pakatan Rakyat sahaja diambil tindakan.

Menurutnya, ada satu laporan fitnah oleh blogger Umno terhadap Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS yang mengatakan beliau ada skandal dengan perempuan.

Jelasnya, Salahudin telah bersemuka dengan pemfitnah itu di parlimen baru-baru ini ketika beliau menghadiri perjumpaan blogger Umno di parlimen.

“Pemfitnah ini terus mengaku memang beliau yang memfitnah dan memohon maaf.

“Inilah rupa manusia yang sanggup fitnah untuk mencari sesuap nasi walaupun dibayar dengan api neraka,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Justeru, tegasnya PAS mengharapkan polis mesti bertindak secara profesional untuk memurnikan demokrasi.

Katanya, kepentingan negara mesti didahulukan daripada kepentingan Umno BN.

“Muliakan martabat polis yang sudah tercalar akibat terlalu ikut telunjuk pemimpin BN sebelum institusi ini dipandang hina,” katanya. Sumber