28 Februari 2009

Umno-BN tadbir negara dengan hasil judi

KUALA LUMPUR, 28 Feb (Hrkh) - PAS khuatir tindakan yang dilakukan oleh bakal Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak seolah menggambarkan Umno/BN mentadbir negara dengan hasil wang judi.
Ini berikutan, tindakan Najib yang meluluskan 10 'special draw' judi sebaik sahaja menerajui Kementerian Kewangan menampakkan 'tembelang' sebenar bakal Presiden Umno itu.
Demikian kata Bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Ramli semasa mengulas jawapan bertulis Kementerian Kewangan mengenai kelulusan 10 cabutan 'special draw' kepada Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook baru-baru ini.
"Jawapan bertulis yang diberi kepada Loke terdapat 10 kali 'special draw' (cabutan khas) yang dibuat selepas Najib menerajui Kementerian Kewangan.
"Dengan cabutan itu kerajaan mendapat hasil cukai itu sebanyak RM77,026,171.04. dan dalam jawapan kementerian itu bahawa cabutan bertujuan untuk dana pendidikan, kesihatan dan sebagainya, "dakwa Hatta.
PAS khuatir tindakan ini sekali lagi menggambarkan bahawa Umno/BN mentadbir negara dengan hasil wang judi, katanya.
Malah paling dikesali, dalam keadaan ketiadaan wang kerajaan Umno/BN begitu mudah menggunakan industri judi untuk mendapatkan sumber kewangan, ujarnya.
"Ini juga menunjukkan kerajaan sebenarnya menggalakkan orang ramai berjudi, sedangkan judi akan mengundang kepada masalah sosial dan sebagainya," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai.
Paling membimbangkan, dalam keadaan ekonomi gawat, tabiat judi ini digalakkan dengan kelulusan 'special draw' akan hanya memusnahkan lagi ekonomi dan kantung rakyat, kata Hatta.
Sementara itu, Loke mendedahkan Kementerian Kewangan telah meluluskan 10 cabutan 'special draw' (cabutan khas) pada tahun 2008.
Katanya jumlah kutipan cukai yang diperolehi daripada cabutan khas tersebut adalah sebanyak RM77,026,171.04.
Kerajaan membenarkan cabutan khas diadakan berdasarkan kepada keperluan semasa yang bertujuan untuk membiayai pelbagai program dan projek pembangunan yang berbentuk sukan, kebajikan, pendidikan, kesihatan dan kemasyarakatan, dedahnya

27 Februari 2009

Mudahnya Pemuda UMNO Menceroboh Parlimen

Sungguh menghairankan sekali, bangunan Parlimen yang sentiasa di kawal ketat itu sesenang itu dibolosi oleh samseng-samseng Pemuda UMNO.

Polis kena ambil tindakan terhadap samseng-samseng ini..
jangan apabila pembangkang cepat sangat kamu bertindak.
Setakat ini, untuk berdemontrasi di luar pagarpun agak sukar, ini sampai ke dalam boleh menyerang Ahli-Ahli Parlimen, apa cerita ni?
Pemuda Umno tak usah nak jadi “samseng taik kucinglah”. Apa yang ada pada melayu sekarang ini pimpinan kamu sudah gadai terlalu banyak kepada bukan bumiputera. Kenapa tak tunjuk samseng kepada dia orang?
Penakut, pengampu, bacul dan dayus sekali apabila sesenang itu Singapura lepas bebas dari genggaman “Bangsa Melayu” konon. Bagaimana pula pulau-pulau di perairan kita lepas satu satu jatuh ke tangan orang lain.
Pemuda Umno sebenarnya sama sahaja dengan kumpulan Fatah di Palestin. Berjuang untuk perut mereka sahaja. Apabila berperang dengan Israel mereka lari.
Percayalah kekuatan kita bukan bangsa tetapi Agama. Bangsa tidak menanam jihad dalam perjuangan tetapi menyemai semangat yang hanya tin kosong sahaja.
Semangat hanya bersama semasa menang akan tetapi akan lari sebagai pengecut apabila kalah. Sedangkan jihad menang kalah bukan ukurannya tetapi benar dan keredhaan Allah adalah segala-galanya.
Jihad tidak akan membunuh dalam kemarahan tetapi semangat akan membakar tanpa mengira dosa dan neraka.
Fikirkanlah wahai pemuda Umno, dunia belum kiamat…

Sumber: http://manjanik.wordpress.com

25 Februari 2009

SPR dan SPRM akan menyertai Parti Komponen BN

BN sedia menerima kemasukkan SPR dan SPRM sebagai parti komponen jika ada permohonan dari kedua-dua jabatan itu. Kita sedia menerima sesiapa saja waima apa jabatan sekalipun jika mereka berminat bekerjasama dengan UMNO-BN. Demikian menurut sumber. Hebat betul UMNO-BN nie...
(baca lagi)

20 Februari 2009

Derhaka: UMNO ada sejarahnya

Para pemimpin Umno-BN dan para penyokong fanatiknya mendakwa para pemimpin serta para penyokong Pakatan Rakyat (PR) menghina Sultan Azlan Muhibbuddin Shah kerana enggan menerima pembentukan kerajaan negeri Perak yang baru pada 4 Februari lalu.
Apatah lagi, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin enggan meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar walaupun telah dinasihatkan berbuat demikian oleh Sultan Perak. Pengerusi DAP, Karpal Singh pula mahu menyaman Sultan Azlan Shah (walaupun tidak dipersetujui pemimpin PR yang lain) dan BN.

Ekoran itu, demonstrasi demi demonstrasi diadakan oleh Umno-BN dan penyokongnya di seluruh negara dengan pelbagai sepanduk mengecam Nizar dan Karpal. Karpal sendiri menghadapi 84 laporan polis terhadapnya. Beliau segera dipanggil oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur untuk memberi keterangan. Cepat sungguh Polis Diraja Malaysia bertindak atas laporan polis terhadap pemimpin pembangkang sebaliknya para pemimpin BN yang memang 'penjenayah' dan 'perompak' harta rakyat, laporan polis itu entah ke mana lesapnya!

Sikap hipokrit dan 'double-standard' Umno terserlah apabila mereka turut turun ke jalan raya berdemonstrasi membantah ketegasan pemimpin Pakatan Rakyat dalam isu di Perak walaupun mereka juga yang mengatakan demonstrasi bukan budaya kita. Nampaknya, jika dilakukan oleh mereka, demonstrasi jalanan tersebut tidak menjadi satu kesalahan. Karpal sendiri mempertikaikan perkara ini. Katanya, demonstrasi Pakatan Rakyat dihalang, tetapi demonstrasi Umno-BN dibenarkan walaupun tanpa permit.

Menantu kesayangan Dato? Seri Abdullah Ahmad Badawi, Khairy Jamaluddin juga kini mahu menjadi jaguh dengan mengecam Nizar dan Karpal dalam demonstrasi jalanan yang ditajanya. Beliau turut meminta penderhaka dihalau dari bumi Perak. Nampaknya, Khairy mudah lupa kerana dahulu beliau juga yang menganggap para demonstrator jalanan adalah monyet. Tetapi, sekarang kerana mempertahankan kerajaan haram di Perak, beliau sanggup menjadi monyet.
Laporan lanjut
(baca lagi)

19 Februari 2009

MB Perak Darul Rampas dan exco digantung hadiri sidang DUN

Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini menggantung Menteri Besar baru, Dato' Dr Zambry Abdul Kadir daripada menghadiri sidang dewan selama 18 bulan, manakala kesemua enam exconya digantung selama 12 bulan. Berita lanjut (baca lagi) dan (lagi)

12 Februari 2009

PM ATAU MB TAK SEMESTINYA ORANG MELAYU

Kemelut yang melanda sejak kejadian lompat si katak lompat menyebabkan Perak jatuh ke tangan UMNO-BN haprak akibat permainan politik yang kotor. MB baru Perak dari BN Datuk Dr Zambry Abdul Kadir telah dinobatkan telah mengantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dalam rampasan kuasa yang direstui oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah. Ada beberapa sumber yang tidak boleh dipercayai dikhabarkan ada kemungkinan Perak akan bertukar sekali lagi MB jika ada sebahagian ahli-ahli dari BN akan melompat parti akibat dari ketidakpuasan hati bagi senarai exco yang dilantik. Tunggu!...........

MB Perak Darul Ridzuan

MB Perak Darul Rampas


MB Perak dari keturunan Bangla
(tak mustahil jika ianya dari idea UMNO-BN)


08 Februari 2009

JAWATAN KOSONG UNTUK "BADUT UMNO"

Kalau ada antara Melayu UMNO yang bersorak gembira bila Zambie di lantik jadi MB, wak nak bagi tau yang korang berjaya di tipu. Nasib baik UMNO tak mintak Mamak jadi Sultan. Dulu masa time Mahathir membantah Sultan dulu, UMNO lah jadi baruanya.

Satu Malaysia derhaka pada Sultan. Kalau UMNO tak ingat peristiwa tu, memang UMNO bodoh. Memang Melayu bangang. Itu dulu. Tahun lepas ..Bila Sultan Terengganu minta Mat Said jadi Menteri Besar, Penyokong Deris Jusoh pun derhaka kat Sultan. Wahid Rasol tu hantar surat bantahan ke Istana. Umno buat buat lupa. Weyyyy ... rakyat tak lupa la. Piiiiraaaaahhh mabok!!!

Kalau sekarang tiba tiba UMNO perjuangkan Sultan, ia tak lain hanya lah satu tipu daya untuk minta Rakyat Perak bersetuju dengan perlantikan Zombie sebagai Menteri Besar. Dalam masa yang sama nak racun pikiran rakyat untuk setuju kata Nizar itu derhaka. Bila Nizar dah nafikan, sekarang diorang kata Karpal Singh pulak. Realitinya memang karpal nak saman Sultan. Ada mahkamah, undang undang tak larang. Kalau betul nak larang rakyat dari saman Sultan, sila buat satu clause untuk larang orang saman Sultan.

Aku tak tau apa perjuangan UMNO. Tipu, kelentong, gelembong memang cara perjuangan diorang. Semangat diorang haru biru, keliru, dan pitam kerana dok percaya cakap pemimpin. Erti kata lain, taksub membabi buta. Akal ada tapi tak guna. Nasib baik pemimpin tak suruh terjun lombong. Kalau suruh .. semua dah masuk lombong. Kalau dah masok lombong, sapa pulak yang nak sokong UMNO? Tu sebab arahan masuk lombong, pemimpin UMNO belum arahkan.

UMNO dah semakin teruk. Tak tau nak pilih antara betul atau salah. Sekarang ni UMNO semakin berkurang. Masyarakat majmuk di Malaysia dah semakin di terima. Melayu kawin dengan Cina, Melayu kawin dengan India. Kalau ikut darah, keturunan Melayu dah semakin berkurang. Kerana itu UMNO terpaksa masukkan darah Mamak menjadi ahli. Pengertian melayu adalah Islam, berbudaya mengikuti cara hidup sebagai Melayu. Selepas ni korang jangan terkejut ada Bangla pulak jadi ahli UMNO. Apa susahnya hidup cara Melayu? Semua orang boleh jadi Melayu. Cuma yang sukar adalah menjadi yang betul betul Islam.

Bila Zombie di lantik jadi MB, yang syok adalah tokey restoran Mamak. Kalau dulu, restoran yang gunakan kaki lima untuk jadi restoran, bakal di saman. Sekarang dah tak bising lagi. Sekejap lagi mamak akan besarkan kedai sampai tengah jalan. Apa peduli ... Mamak dah jadi Menteri. UMNO ni cuma layaknya jadi Pak Lawak. Kalau ada Sarkas nak cari badut hidung merah .. suruh diorang cari dalam UMNO. ADa ramai kat sana.

Dipetik dari: http://notoumno.blogspot.com/2009/02/tahniah-kepada-restoran-mamak.html

06 Februari 2009

LOMPAT SI KATAK LOMPAT


SUASANA MERIAH DI PERAK DAPAT MB YANG BARU

Suasana begitu tenang di sekitar perkarangan Istana Iskandariah di Kuala Kangsar ketika majlis mengangkat sumpah Menteri Besar yang baru.




Anggota FRU berkawal di hadapan Istana Iskandariah bagi menghalang nyamuk Aedes dari memasuki kawasan istana.

Kelihatan anggota FRU memberi bantuan kepada orangramai dalam projek jiwa murni.


Pembakaran sampah secara terbuka oleh mereka yang tidak bertanggungjawab berhampiran Masjid Ubudiah.


Penyemburan ubat nyamuk dilakukan oleh Kementerian Kesihatan di sekitar Kuala Kangsar bagi mengelakkan ancaman nyamuk Aedes petang tadi.

Polis memberi bantuan kepada orangramai yang mahu berkunjung ke Kuala Kangsar.

05 Februari 2009

DUA BADUT SARKAS BERAKSI DI PERAK

Part 2.

TIADA apa yang boleh dibanggakan oleh Jamaluddin Mohd Radzi (Adun Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Adun Changkat Jering), apabila kebodohan yang mereka ciptakan menjadi alat mainan politik Barisan Nasional.

Media pengampu BN cuba untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa Kerajaan Negeri Perak di bawah pimpinan Menteri Besar, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin goyah. Media pengampu BN cuba memberitahu rakyat bahawa kerajaan Pakatan Rakyat di Perak mempunyai masalah dalaman yang besar.

Hakikatnya, kerajaan yang dibentuk ketiga-tiga parti, PAS, KeADILan dan DAP tidak mempunyai apa-apa krisis. Kerajaan stabil dan aman. Yang bermasalah ialah kedua-dua Adun yang juga Exco. Mereka menghadapi tuduhan rasuah yang menanti dibicarakan. Yang bermasalah ialah BN, yang semakin malu apabila Badan Perhubungan Umno Negeri di bawah pimpinan Dato' Seri Mohd Tajol Rosli dikecam hebat kerana campurtangan sehingga merosakkan perpaduan Umno bahagian-bahagian di Perak.

Yang sedang binggung ialah BN, kerana sehingga kini mereka tidak boleh menerima hakikat terpaksa menjadi pembangkang setelah berkuasa sekian lama. Lalu, dicetuskan drama dengan menggunakan dua orang 'badut politik', yang berkepentingan dan bermasalah, guna menjatuhkan kerajaan negeri. Dua 'badut sarkas' ini didakwa 'dibeli' untuk memasuki Umno-BN, dengan janji 'melepaskan' mereka dari pertuduhan rasuah, dan janji dikekalkan kerusi exco oleh pihak terbabit, jika BN berjaya membentuk kerajaan.

Drama yang tercetus di Perak bukan salah Pakatan Rakyat. Ia berlaku hasil lakonan dua pihak yang mempunyai kepentingan tertentu iaitu di antara BN dengan dua Adun terbabit. BN menjangka imejnya akan pulih di Perak, jika mereka berjaya menguasai kembali kerajaan negeri dengan 'membeli dua badut yang bodoh' ini. Namun percaturan mereka tersilap. Imej Umno-BN yang sudah sedia hodoh, sebagai parti yang paling korup dengan pelbagai tuduhan politik wang dan rasuah tidak akan dapat dipulihkan dengan kemasukan dua 'badut sarkas' ini.

Pertama, kerana keduanya terbabit dengan pertuduhan rasuah berat dan kemasukan mereka akan mencetuskan persepsi 'hanya perasuah sahaja yang diterima masuk dalam parti rasuah seperti Umno.

Kedua, jika keduanya diterima masuk Umno dengan janji kes rasuah mereka akan digugurkan, ini akan mendorong rakyat semakin membenci Umno, kerana Umno jelas mengamalkan 'double-standard'.

Ketiga, jika keduanya masuk Umno dengan pelbagai tawaran lumayan sebagaimana yang disebutkan dalam afidavit Fauzi Muda, maka jelas Umno-BN yang 'meroyan' akibat kehilangan kuasa di Perak, mengamalkan taktik yang paling kotor, melanggari prinsip-prinsip demokrasi.

Keempat, BN mencemarkan imej Sultan Perak. Kerana mereka mencetuskan krisis dalam kerajaan negeri, pada ketika sepatutnya kerajaan dan rakyat merayakan pemerintahan ke 25 tahun Sultan Azlan Shah menaiki tahta.

Harus diingat, ketika Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim, mengalu-alukan kemasukan Ahli Parlimen (MP) BN, yang mahu berhijrah, beliau menerima kecaman yang amat hebat dari kalangan BN. Apa yang tidak mereka sebutkan ketika 'memaki hamun' Anwar? Beliau dituduh tamak kuasa, gelojoh, merasuah jawatan, tidak demokratik dan sebagainya.

Malah ketika Adun Bota, Dato' Nasaruddin Hashim berhijrah menyertai KeADILan, beliau turut dicerca, kononnya beliau tidak bermoral dan tidak beretika. Tetapi apa kata Presiden Umno yang juga PM, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika mengesahkan beberapa Adun KeADILan mahu memasuki Umno-BN dalam sidang media 1 Februari lepas?"(Mereka akan) diterima dengan baik kerana itu pilihan mereka dan mereka hendak menyertai kita dalam perjuangan yang lebih besar dalam Umno dan BN.. menjadi satu pengalaman baru dan memberi kesempatan untuk berjuang (dalam BN)," kata Abdullah.

Inilah bukti kenyataan dan dasar 'flip-flop' Umno! Mereka boleh perbodoh dan peralatkan kedua-dua 'badut sarkas' terbabit. Tetapi mereka tidak boleh sama sekali memperbodohkan rakyat. Dalam kes ini rata-rata rakyat Perak tahu menilai, bagi mereka konflik politik yang wujud di negeri ini, hasil ciptaan Umn-BN sendiri. Hampeh betui, kata orang Perak.

Reaksi spontan rakyat apabila ditanya isu ini mereka menempelak kedua-dua 'badut sarkas' dan BN dengan ungkapan 'bodoh dan memalukan.'Kedua-dua 'badut sarkas' ini sudah hilang banyak hari, entah ke mana tidak diketahui. Dimaklumkan ketika 'kehilangan' mereka, kereta kerajaan negeri yang digunakan mereka sebagai exco, pun tidak diketahui di mana.

Namun, apabila kes ini tercetus, kedua-duanya dilaporkan cuti sakit (MC) serentak. Rakyat Perak tertanya-tanya apa penyakit dihidapi oleh dua exconya (kini bekas exco), sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di luar Perak."Kami pun hairan, Perak punyalah banyak klinik 'specialist', banyak bomoh, sampai hospital rawat orang gila di Tanjung Rambutan pun ada, mereka pergi cari tempat lain pasal apa," rungut seorang Ketua Kampung di Tanjung Piandang. "Kalau MC pun takkan tak tau nak bagi notis sampai satu dunia orang cari tak jumpa, gamaknya depa (mereka) ni bekas posmen, bila posmen sakit tak boleh hantar surat, tunggu sihat dulu," komen seorang pengundi Behrang. "Gamaknya (agaknya) depa kena penyakit gila babi, atau dijangkiti kuman JE, sebab itu kena kuarantin," perli seorang pimpinan KeADILan Perak.

Apa pun komen dan pandangan kepada Jamaluddin dan Osman, walaupun kini keduanya mengisytiharkan diri sebagai Adun Bebas, namun mereka tidak boleh menolak persepsi rakyat bahawa mereka hanyalah pencacai yang dipergunakan Umno-BN. Maruah mereka sudah tercemar di kalangan rakyat. Harga diri mereka sudah tidak laku dalam Pakatan Rakyat, jawatan exco habis, Adun pun habis, malah belum tentu mereka akan mendapat pembelaan BN, jika kes rasuah mereka berjalan di mahkamah.

Jika pun ada pilihan raya kecil (jika SPR mengubah keputusan), sudah tentu BN tidak akan mengambil mereka sebagai calon. Pakatan Rakyat sudah tolak mereka, orang-orang Umno pun akan tolak mereka. Kepada Jamaluddin dan Osman, bertaubatlah, anda berdua sudah terperosok dalam perangkap akibat kebodohan sendiri. Kes rasuah anda akan berjalan, tanpa pembelaan sesiapa, akhirnya jika anda didapati bersalah, anda berdua akan merengkok dalam penjara dengan penuh kehinaan.

04 Februari 2009

PERANGAI UMNO YANG TAK PATUT ANDA CONTOHI

Ketika Nasaruddin masuk PKR pada 25 Januari, 2008

1. Saya amat yakin dengan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat yang mempunyai iltizam dan idealisme yang kuat untuk memperjuangkan hak-hak dan kepentingan rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum di negara ini.

2. Saya yakin Parti Keadilan Rakyat akan tetap menjunjung dan menghormati hak-hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan khususnya dalam kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kebangsaan, kedaulatan Raja-Raja Melayu dan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

3. Saya percaya Parti Keadilan Rakyat dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat mampu untuk menjadi sebuah permuafakatan komponen parti-parti yang lebih baik demi kepentingan rakyat seluruhnya.

4. Untuk membolehkan saya menjadi ADUN yang lebih berkesan dan memberi khidmat terbaik kepada penduduk setempat memandangkan Pakatan Rakyat sudah pun menubuhkan kerajaan di Negeri Perak.


Ketika Nasaruddin Masuk UMNO pada hari ini 04 Febuari, 2009
1. "Saya mengambil untuk kembali menyertai BN berdasarkan keadaan politik yang tidak menentu dan bercelaru sehingga wujud satu kerajaan yang tidak kukuh di Perak.
2. "Saya juga mengambil kira dan menghormati pengundi-pengundi di kawasan pilihan raya Bota serta menghormati prinsip-prinsip amalan demokrasi.
3. "Selain itu saya juga mengambil kira nasihat dan pandangan rakan-rakan politik dan orang-orang perseorangan yang ingin melihat wujudnya keadaan dan suasana politik dan kerajaan yang kukuh di Perak.
4. "Maka saya dengan penuh perasaan dan kesedaran serta tanggungjawab akan kembali semula menyertai Umno dan BN hari ini.
Realiti UMNO yang perlu di sedari oleh rakyat. Kalau dah UMNO ... akan kekal menjadi UMNO. Kalau pemimpin masih bodoh untuk tahu tentang politik UMNO .. tolong tanya rakyat. Walaupun kerajaan jatuh, tapi masih ada ADUN Pakatan Rakyat. Tapi di tipu hidup hidup akan cukup meninggalkan kenangan. Pada Rakyat .. kita sudah berpesan, tapi kepada Anwar ... kena tanya dia. Memang pedih !!!

01 Februari 2009

Seorang Pejuang Melayu UMNO yang bodoh seperti Tun Faisal Ismail

Ditulis oleh Tun Faisal Ismail dari http://www.pemudaumno.org.my/modules.php?name=News&file=article&sid=8264

Kesanggupan menjual perjuangan bangsa boleh kita lihat dengan jelas apabila mereka bersekongkol dengan pembangkang demi menentang program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).
Walaupun Menteri Pelajaran telah berjanji bahawa pandangan mereka akan diambil kira dan ketika ini pegawai-pegawai di Kementerian Pelajaran sedang di peringkat akhir penyiapan cadangan kepada Jemaah Menteri, nampaknya seolah-olah, mereka ini terlalu terdesak.
Akhirnya mereka melutut kepada pembangkang, walaupun mereka tahu BANGSA lebih utama dari BAHASA; walaupun mereka tahu pembangkang sebenarnya tidak begitu kisah sangat pun tentang perjuangan bahasa Melayu, sebaliknya hanya mahu menentang parti pemerintah.
Pakatan pembangkang sememangnya tidak pernah kisah sangat pun tentang perjuangan memartabatkan bahasa Melayu. Pas misalnya, antara parti yang paling banyak mencemarkan bahasa Melayu dengan pelbagai istilah bahasa Arab.
DAP hanya mementingkan bahasa Cina. PKR langsung tidak ambil peduli. Lihat sahajalah papan tanda pelbagai bahasa yang pakatan pembangkang perjuang dan promosikan di negeri-negeri di bawah pemerintahan mereka.
Tidakkah pejuang bahasa Melayu ini sedar bahawa, di tangan PKR dan DAP (dalam kes negeri Perak, dengan restu PAS), dengan adanya papan tanda pelbagai bahasa, kedudukan bahasa Melayu sudah diletakkan sama taraf dengan bahasa Cina dan Tamil?
Malangnya, ada dalam kalangan orang Melayu masih tidak sedar dan turut terikut-ikut dengan permainan politik pembangkang. Tidakkah orang Melayu ini sedar bahawa bagi pembangkang, yang penting adalah mereka mesti memperjuangkan sesuatu yang bertentangan Kerajaan.
Contohnya, ada sumber yang menyebut bahawa Ainon Mohd, isteri kepada Profesor Abdullah Hassan merupakan seorang anggota Muslimah Pas. Kita tidak tahu sejauh mana kebenarannya, tetapi jika ini benar, sebagai Muslimah Pas, kita sedia maklum bahawa, agenda yang paling utama mereka adalah untuk memastikan penentangan terhadap UMNO.
Jika itu hakikatnya, maka sebab itu tidak menghairankan jika ada kompromi di antara parti pembangkang apabila timbul isu bahasa Melayu dalam kalangan mereka.
Mungkin disebabkan ini kita melihat tidak ada sebarang perarakan keranda yang digerakkan di Perak dan Pulau Pinang bagi menentang penggunaan papan tanda pelbagai bahasa, biar pun secara simboliknya, kedudukan bahasa Melayu telah diperlekeh dan dihina.
Malah tidak ada usaha oleh Ainon dan PKPIM untuk menggerakkan Gerakan Anti Papan Tanda Pelbagai Bahasa di dalam blog mereka? Tidakkah ini menghairankan?
Apabila pejuang bahasa Melayu sampai sanggup merayu dan memeluk pembangkang yang di dalam perlembagaan mereka secara terang-terangan menolak semangat dan perjuangan memartabatkan BANGSA MELAYU, maka itu lah sebenarnya nilai dan harga sebuah perjuangan bahasa dan bangsa para pejuang bahasa. Begitu murah. Begitu menjelekkan.
Apa guna perjuangan BAHASA, jika perjuangan BANGSA tidak didahulu dan diutamakan?
Kesanggupan sesetengah pejuang bahasa Melayu menjual agama Islam pada harga yang murah pula cukup memualkan.
Dalam kefanatikan yang amat sangat (assabiah) ada individu di dalam kelompok ini menyebut “ini adalah sunnah pemerintahan nabi dan rasul dalam pendidikan dan ajarannya ke atas umat itu. Tuhan mengutuskan nabi-nabi dan rasul-rasul mengikut bangsa dan bahasa dalam kalangan mereka sendiri agar penganutnya dapat memahami ilmu yang disampaikan oleh para nabi.
Malahan kufur nikmat jika mengabaikan anugerah Allah ini sebagaimana dinyatakan dalam Quran surah Ibrahim ayat 4 dan surah al-Rum ayat 22. Apa lagi bahasa Melayu bukan saja alat perpaduan kaum sebaliknya wahana pengucapan dan budaya ilmu tinggi dan sendi pembinaan tamadun negara Malaysia."
Penulis yakin ada golongan yang kurang pendidikan agama akan terpengaruh dan meng`imani’ kenyataan ini. Bagi golongan yang sanggup menjual ayat Allah SWT dengan harga yang murah ini, nasihat kita, janganlah mempergunakan agama demi menegakkan pendirian yang sempit.
Janganlah kita menggunakan ayat al-Quran jika tidak benar-benar faham asbabul nuzulnya.
Sedarlah bahawa 24 rasul diutus untuk membawa perintah Allah SWT kepada kaumnya sahaja dan dengan itu diterima akal fikiran jika perintah tersebut diturunkan di dalam bahasa kaum tersebut.
Sebaliknya, Allah SWT mengutuskan Nabi Muhammad SAW bukan untuk satu kaum sahaja, tetapi untuk menjadi rasul kepada seluruh umat manusia pelbagai keturunan.
Seperti yang kita semua sedia maklum juga, al-Quran, biar pun menjadi pedoman untuk semua bangsa di dunia, tidak diturunkannya dalam pelbagai bahasa, sebaliknya diturunkan di dalam bahasa Arab.
Kalaulah mengikut logik golongan ini, jika Allah SWT hendak kita mempelajari al-Quran dalam bahasa ibunda, kenapakah tidak diturunkan al-Quran ini dalam pelbagai bahasa ibunda agar semua umat manusia dapat memahaminya dengan mudah?
Kenapa tidak diutus lebih ramai rasul agar dapat membimbing manusia pelbagai kaum dalam pelbagai bahasa kaum dan suku mereka sendiri?
Tidakkah jika mengikut logik kumpulan ini, Allah SWT zalim kerana menyusahkan anak-anak daripada pelbagai kaum untuk mempelajari al-Quran dan ajaran Islam itu sendiri?
Malah kenapa pula Allah SWT menurunkan al-Quran kepada umat manusia bukan dalam bahasa Arab harian yang biasa sebaliknya di dalam bahasa Arab yang mempunyai nilai kesusasteraan yang tinggi?
Orang badawi biasa tidak mungkin dapat memahami al-Quran dengan baik, walaupun bahasa Arab itu bahasa ibunda mereka. Malah orang-orang kita di Malaysia terpaksa belajar cabang ilmu bahasa Arab seperti `balaghah' untuk memudahkan kita memahami maksud tersirat dan keindahan bahasa al-Quran.
Janganlah menjadi emosional dan bersifat assabiah sehingga sanggup menggunakan agama untuk menakut-nakut orang supaya menyokong pendirian kita.
Ingatlah, dalam berhujah pertama kita perlu berilmu, kedua, perlu bertaqwa kepada Allah SWT agar yang keluar dari mulut kita adalah kebenaran bukan kebatilan. Ketiga, bagi mereka yang berkedudukan, perlu bersifat wara’ (berhati-hati), jika tidak pengikut kita yang jahil agama akan beriman dengan kenyataan kita.
Bila prinsip ini tidak dipegang, maka tidak hairan ada yang sanggup mengeluarkan kenyataan bahawa 'tuhan juga mencarut' dan malangnya, ramai pula yang bertaklid buta dengannya.
Tidak ada masalah untuk berjuang memperkasa kedudukan bahasa Melayu. Kita di dalam UMNO juga berjuang untuk memperkasa kedudukannya.
Cuma dalam keghairahan berjuang, jangan pula kita sampai sanggup menjual agama dan perjuangan memartabat bangsa.

UMNO yang saya tahu dan perlu anda tahu

Ini adalah terjemahan seba hagian daripada artikel Raja Petra dalam Malaysia Today semalam. https://mt.m2day.org/2008/content/view/17434/84/

“Dua EXCO PKR ini telah hilang. Mereka telah hilang sejak empat hari lalu dan tiada sesiapa yang tahu dimana mereka tetapi mereka bukan ‘hilang’, sebaliknya berada didalam tangan pemimpin Umno. Dan UMNO mahukan mereka bersetuju kepada satu perjanjian. Terima RM10 juta seorang dan ‘menyeberang’ kedalam Umno ataupun dihantar kepenjara diatas tuduhan rasuah.
Pada hari dimana dua EXCO PKR ini ditahan dan di lindungi oleh Umno, seorang ADUN UMNO melompat kedalam PKR. Ini menghancurkan rancangan Umno. Mereka hanya memerlukan dua ADUN PKR untuk meruntuhkan Pakatan Rakyat diPerak. Tetapi apabila ADUN Umno menyeberang kedalam PR, perancangan ini tergendala. Sekarang mereka memerlukan tiga.
Mereka kemudianya menawarkan bekas ADUN Umno ini jawatan Menteri besar. Sekiranya dia bersedia kembali kedalam Umno dan BN merampas Perak dari PR, dia akan diberikan jawatan Menteri Besar. Umno memerlukan Nasruddin kembali kedalam Umno, kalau tidak…menahan dua EXCO PKR ini tidak memberi apa-apa makna. Walaupun dua EXCO ini bersetuju menerima RM10 juta, Umno masih gagal merampas Perak dari PR.
Walaupun mereka berjaya menahan dua EXCO PKR ini dan mengancam dengan pelbagai ugutan, Nasrudin telah menghalang perancangan mereka. Kini mereka mengugut Nasrudin..” Altantuya telah mati dan Bala telah hilang.” Apakah Nasrudin akan menerima nasib yang sama?”
Apa yang berlaku?
Perancangan Umno untuk memerangkap Jamaludin dan Osman telah dirancangkan sebaik saja Pilihanraya Kuala Terengganu berakhir. Pada masa itu, Umno tidak menyangka ADUN mereka sendiri akan menyeberang kedalam PKR. Najib mahukan Perak dirampas untuk menutup ‘kemaluan’ beliau yang hilang didalam dua pilihanraya kecil yang lalu.
Jamaludin dan Osman telah ditawarkan sejumlah RM10 juta setiap orang dan tuduhan mereka didalam kes rasuah akan digugurkan. Jamaludin dan Osman sudah bersedia untuk menerima tawaran ini dan hanya menunggu masa yang sesuai.
Walaubagaimanapun, perancangan ini telah dapat dihidu oleh Anwar dan Anwar telah mengarahkan Hj. Ismail untuk mempercepatkan usaha penyeberangan ADUN-ADUN Umno kedalam PKR untuk menghalang perancangan Umno ini.
Jamaludin dan Osman sebenarnya telah pun hilang pada hari Jumaat minggu lepas. Dan apabila mengetahui ‘kehilangan dua EXCO ini, Anwar telah mengarahkan Hj. Ismail membawa Nasrudin keKuala Lumpur dan terus mengumumkan kemasukan Nasrudin kedalam PKR. Ini telah menghancurkan perancangan Najib untuk merampas Perak dari PKR.
Sekiranya Anwar terlewat untuk bertindak, dan Jamaludin dan Osman bertindak lebih awal, maka Pakatan Rakyat Perak sudah pastinya tumbang. Sebenarnya, ada seorang lagi ADUN Umno yang menyertai Nasrudin ke Kuala Lumpur, tetapi hanya Nasrudin yang membuat pengumuman. Pasal apa? Yang tu aku tak dibenarkan cerita. Pandai-pandai la sendiri….
Selepas hari itu, pelbagai usaha telah dibuat oleh Umno untuk memujuk Nasrudin kembali kedalam Umno, malah telah di janjikan jawatan Menteri Besar sekiranya Nasrudin bersedia kembali kedalam Umno. Dan jangan terkejut…tawaran ini dibuat oleh Jamaludin sendiri yang menghubungi isteri Nasrudin!
Tidak diketahui sama ada Jamaludin diugut ataupun dengan kerelaan sendiri ketika membuat tawaran bagi pihak Umno ini. tetapi apa yang jelas, Umno begitu terdesak sehingga sanggup melakukan apa saja untuk merampas Perak dan mengembalikan ‘kemaluan’ Najib yang hilang.
Setakat ini, masih tidak diketahui apakah langkah Umno selanjutnya, dan aku jugak tak boleh nak cerita apakah yang sedang dilakukan oleh PKR. ramai yang menghantar email dan SMS bertanya, malah ada yang terlalu risau. Dan ada yang marah kat aku…bila aku kata ..”Relax!”
No.no.no….jangan risau! kalau setakat lompat melompat…aku tak risau. Ini macam main poker. Dan Anwar ada beberapa kad lagi yang masih belum dibuka.
Kecuali kalau Umno main kotor…. menggunakan kekerasan. Yang tu aku tak tau. Orang yang terdesak macam Najib mampu melakukan apa saja untuk mencapai cita-citanya.
Kalau Altantuya boleh mati…Bala boleh hilang…macam-macam boleh jadi.