14 Mac 2009

Hina Sultan Perak sudah didakwa, hina Sultan Terengganu bila pula nak didakwa?


UMNO dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia telah berjaya mengesan siapakah individu yang menulis komen yang didakwa menghina Sultan Perak di laman web http://books.dreambooks.com/duliduli/html melalui IP lokasi penulis. Kita mungkin memuji sikap SKM kerana bersusah payah mengesan individu tersebut melalui IP yang digunakan tetapi kita juga menjadi muykhil kenapa sudah terang lagi bersuluh kejadian menghina sultan di Terengganu dengan perkataan 'NATANG' tidak dapat dikesan oleh pihak-pihak yang tertentu siapakah individu tersebut sehingga kini dan individu itu pun tidak didakwa sehingga sekarang!... Buta sungguh mata orang-orang UMNO yang melihat kejadian di Terengganu tempohari. Inilah yang dinamakan keadilan dalam perjuangan UMNO. Lu pikir lah sendiri!...
5 didakwa hina Sultan

Utusan Meloya. 13/03/09
Chan Hon Keong, 26, dituduh bersama isterinya, Khoo Hui Shuang, 27, menghina Sultan Perak melalui laman web http://books.dreambooks.com/duliduli.html yang mempunyai pautan kepada laman web Sultan Perak, www.sultanperak.gov.my. Di Permatang Pauh, Butterworth, kira-kira pukul 12.05 pagi, 13 Februari lalu.

Rutinin Suhaimin, 35, dituduh melakukan kesalahan sama menggunakan perkhidmatan aplikasi Internet secara sedar dengan membuat dan memulakan penghantaran komen di alamat http://booksdreambook.com/duli/duli.html yang pada pukul 6.33 petang pada 13 Februari lalu di Kundasang, Sabah.

Nor Hisham Osman, 36, didakwa telah membuat dan memulakan penghantaran komen yang jelik sifatnya di http://books.dreambook.com.web per/dul1.html yang mempunyai pautan kepada laman web Sultan Perak iaitu www.sultan.perak.gov.my. Perbuatan itu didakwa dilakukannya pada pukul 12.34 tengah hari, 11 Februari lalu di Taman Lestari Perdana, Sri Kembangan, Selangor.

Muslim Ahmad, 54, didakwa atas tiga tuduhan menulis komen menghina Sultan Perak menggunakan perkhidmatan Internet menghina Sultan Perak di Setapak, Kuala Lumpur pukul 2.21 dan 2.27 petang, 7 Februari lalu.

PEMBANTU makmal Azrin Md. Zain, 33, didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur selepas mengaku bersalah menulis komen yang menghina Sultan Perak.

1 ulasan:

  1. Bijak sungguh pencacai UMNO memberikan hujah bagi menangkis perbuatan mereka. Ibarat baling batu sembunyi tangan. Kalaulah perkataan seperti ini “kami mahu idris….. natang!” bukan dengan niat ditujukan kepada sultan Terengganu, habis tu.. perkataan itu ditujukan kepada siapa??? Kerana kuasa melantik MB adalah di atas kuasa perkenan sultan. Jika perkataan itu ditujukan kepada Ahmad Said, pada masa itu Ahmad Said belum lagi dilantik sebagai MB. Orang kampung pun faham kepada siapa perkataan itu ditujukan... melainkan orang bodoh seperti UMNO yang bodoh tahap gaban yang menafikannya.

    BalasPadam