14 Februari 2010

RASUAH LAGI - SETIAUSAHA POLITIK MENTERI DITAHAN SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan seorang Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri ditahan SPRM kerana dipercayai memiliki kekayaan di luar jangkaan dalam tempoh singkat perkhidmatannya.

Perkara itu disahkan oleh sumber SPRM sendiri.

Difahamkan beliau ditahan semalam bagi membolehkan SPRM merekodkan keterangan berhubung dakwaan itu.

Setiausaha yang berusia lewat 30-an itu dikatakan berkerja dengan menteri berkenaan sejak April lalu.

Difahamkan SPRM mula menyiasat Setiausaha Politik itu sejak setahun lalu selepas menerima aduan daripada orang awam yang melihat gaya hidup mewahnya.

Siasatan mendapati Setiausaha Politik itu memperolehi kekayaan tersebut melalui wang sogokan yang diperolehinya dengan meluluskan projek-projek gergasi yang mencecah jutaan ringgit.

SPRM juga dikatakan sebelum ini memperoleh perintah untuk membekukan beberapa harta milik beliau dan akaun banknya bagi membantu siasatan di bawah Akta Pengubahan Wang Haram.

Beliau juga difahamkan mempunyai beberapa kereta mewah dan juga beberapa buah rumah mewah di Lembah Klang. Kesemua harta itu juga dipercayai dibeli menggunakan nama pihak lain, bagi mengelakkan dirinya menjadi buruan SPRM.

Bagaimanapun Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamed ketika dihubungi meminta orang ramai dan media supaya tidak membuat sebarang spekulasi tanpa asas yang kukuh. u-meloya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan