14 Mac 2010

JANGAN PERCAYA BN - SEMUA BARANG NAIK

Orang ramai diminta supaya tidak mudah percaya kepada khabar angin mengenai kenaikan harga minyak serta barangan keperluan yang digembar-gemburkan oleh beberapa pihak.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, selagi tidak ada sebarang pengumuman dibuat oleh kerajaan mengenai kenaikan harga minyak atau barangan keperluan, orang ramai boleh menganggap ia sebagai spekulasi semata-mata.


Komen: Sebelum ini pun kerajaan dah pernah kencing rakyat, harga gula tak akan naik. Tiba-tiba selang beberapa bulan selepas pengumuman, harga barang tersebut dinaikkan secara mengejut dengan alasan terdapat peningkatan kos terhadap barang tersebut. Jadi tak hairanlah kalau perkara gembar-gembur itu kesudahannya akan menjadi kenyataan sedikit masa lagi.

Teringat saya semasa harga gula naik tempohari, maka berkempenlah pengampu-pengampu dan juak-juak UMNO-BN terpekik terlolong suruh rakyat kurangkan makan makanan berasaskan gula. Jika itu jadi sandarannya, bila sahaja barangan keperluan lain seperti beras naik maka sekali lagi pengampu-pengampu dan juak-juak UMNO-BN akan berkempen suruh pula rakyat kurangkan makan nasi.

INILAH CARA PROJEK UMNO-BN UNTUK MEMPERBODOHKAN RAKYAT.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan