28 September 2010

DUN Galas - Projek Mee Segera UMNO-BN bakal bermula

Berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Galas, Chek Hashim Sulaima, maka satu lagi PRK bakal berlaku.

Allahyarham memenangi kerusi Dun Galas dengan majoriti 646 undi pada pilihan raya umum yang lalu mengalahkan penyandang dari BN, Saufi Deraman.

Beliau mendapat 4,399 undi manakala Saufi pula 3,753 undi.

Maka dengan adanya PRK kali ini, Umno-BN sudah pastinya berkira-kira mula untuk menabur janji dan 'merasuah' pengundi dengan projek-projek mee segera. Istilah yang dipopularkan oleh Perdana Menteri 1Malaysia sendiri yang dikatakan menyebabkan rakyat muak dan meluat kepadaUmno-BN.

Apa yang dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri 1Malaysia dalam kempen politik di Hulu Selangor yang lalu menunjukkan Umno masih lagi beranggapan rakyat di Malaysia masih dungu dan jahil yang akan termakan umpan apabila ditaburkan dengan projek pembangunan.

Telah menjadi afdhal bagi Umno-BN. Semua ini cuma mukadimah, selepas ini mungkin pak cik mak cik yang dah tak ada gigi dapat subsidi gigi palsu. Jamban yang nak runtuh akan digantikan dengan jamban batu. Titi batang kelapa akan digantikan dengan jambatan besi keluli.

Selepas ini juga pak cik mak cik di DUN Galas tak perlu gaduh-gaduh dan bising-bising jalan becak atau berlubang kerana pastinya kerajaan 1Malaysia bersedia untuk buat jalan tar sehingga depan muka pintu!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan