10 April 2010

STREAMYX HARAMJADAH, STENDET LA!...

Tengah marah ni bro!... Memang haramjadah punya perkhidmatan Streamyx kat kawasan aku dua tiga hari nie. Ngeee!...

Benda ni sebenarnya dah banyak kali berlaku. Betul-betul menyakitkan hati. Aku tak tahu apa pendirian korang tapi setiap kali aku dengar perkataan TM atau Streamyx, telinga aku akan berdesing. Inilah stendet perkhidmatan separa KERAjaan.

Terus terang la, kalau korang tak percaya, korang pegi google. Taip la sebarang perkataan Streamyx ditambah dengan perkataan lain seperti bodoh, bangang, sial, babi dan segala perkataan mencarut sekalipun, korang ‘tidak akan merasa terkejut’ kerana TERLALU BANYAK sumpahan yang dah dilakukan oleh ramai makhluk tuhan yang dah hilang sabar! Ape kejadahnya semua ini hah?!!!

Tapi sumpah seranah kita hanya diPEKAKkan sahaja oleh korporat TM, ye lah, mengapa tidak? Kerana mereka meMONOPOLI khidmat jalur lebar di sini. Bila kita telefon tanya pada nombor '100' jawapannya line kat kawasan encik sedang diupgrade. Ntah betul, ntah tidak kita pun tak tau.

Haramjadah punya Streamyx! pagi ni baru line clear setelah tiga hari bercuti dari memblog. Apa yang boleh aku katakan kepada TM adalah STREAMYX LEMBABBB......, macam siput babi!!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan