28 Februari 2011

BANTUAN SEGERA PRK: DOAKAN SETIAP TAHUN WAKIL RAKYAT MATI

JASIN, 28 Feb: Penduduk di kawasan Dun Merlimau kini amat hairan dengan tindakan para pemimpin Umno dan kerajaan Melaka yang begitu bersungguh-sungguh untuk membantu penduduk di kawasan itu, sedangkan sebelum ini tidak pula sedemikian.

Jika sebelum ini mereka diabaikan dari segala aspek, kini mereka bukan sekadar disogokkan dengan wang, tetapi juga diberikan jalan tar hingga ke hadapan rumah dan diperbaiki longkang-longkang yang rosak.

Beberapa orang penduduk di kawasan Merlimau ketika ditemui berkata, dengan itu ternyata, mereka bukan ikhlas hendak menolong, tetapi hanyalah untuk memancing undi bagi mendapat kemenangan dalam pilihanraya.

Seorang penduduk yang ditemui, Ismail Abdul Rahman, 77, berkata, menjelang PRK Dun Merlimau 6 Mac ini, beliau juga turut didatangi para pemimpin Umno dan turut diberikan jalan tar hingga ke hadapan rumahnya.

Menurut beliau, bantuan seperti itu turut diberikan kepada beberapa orang jirannya yang lain, sehingga menyebabkan mereka menjadi hairan dengan apa yang diberikan itu.

Katanya, pada hal, beliau dan jiran-jirannya tidak pernah memohon bantuan sedemikian dan mereka sendiri dapat mengagak berapa banyak wang rakyat yang disalahgunakan oleh para pemimpin Umno atau BN untuk kepentingan mereka.

"Sebenarnya, dah 45 tahun saya tak dibantu apa pun oleh kerajaan. Kalau ada pun bantuan seperti ini kepada orang ramai yang juga pernah saya kecapi hanyalah zaman Tun Razak dulu.

"Jalan tar di hadapan rumah itu pula bukanlah penting sangat. Tak diberikan jalan tar pun kami boleh gunakan jalan sedia ada dengan selesa untuk berulang alik ke rumah. Tapi diberikan jalan tar kami ambil. Diberikan apa saja pun kami ambil," katanya.

Beliau yang juga salah seorang pengundi di kawasan itu memberitahu, para pemimpin Umno kini amat terdesak sehingga sanggup memberikan apa sahaja kepada para pengundi terutama di kawasan-kawasan peti undi yang tidak memihak kepadanya.

"Dengan itu, ternyata, kita tidak perlu takut untuk menyokong PAS atau pembangkang. Jika dekat pilihanraya, mereka pasti cari kita dan berikan bantuan (yang sebenarnya sogokan) kepada kita.

"Kepada para penyokong Umno sendiri pula, yang dapat tu dapatlah, yang tak dapat pun cukup banyak, tetapi kepada para penyokong PAS, kami hanyalah mengharapkan bantuan Allah," katanya.

Manakala rakannya, Rusnan Wahab, 52, pula mempersoalkan bantuan wang yang diberikan oleh para pemimpin Umno dan kerajaan Melaya kepada sesetengah nelayan di kawasan itu yang berjumlah antara RM200 hingga RM300 seorang.

"Bantuan itu memang cukup kita faham. Ia adalah sogokan untuk pilihanraya. Tetapi apa maknanya diberikan wang? Kalau betul ikhlas nak bantu nelayan bukan wang sebanyak itu yang diperlukan. Wang sebanyak itu apalah sangat dan berapa hari boleh tahan?

"Kalau benar-benar nak bantu, berilah bantuan dalam bentuk lain yang diperlukan nelayan di kawasan itu seperti enjin, jaring dan seumpamnya kerana itu semua mahal dan lebih diperlukan nelayan. Tetapi enjin dan jaring tak pula diberikan," katanya.

Sementara seorang lagi penduduk yang ditemui, Muhammad Rashid, 32, berkata, longkang di hadapan rumahnya sebenarnya masih elok lagi.

"Tetapi yang peliknya, longkang itu pun turut diperbaharui menjelang PRK Dun Merlimau 6 Mac ini kononnya untuk keselesaan orang ramai, walaupun ia sebenarnya tak perlu diperbaiki sekarang, tetapi bila benar-benar perlu diperbaiki nanti," katanya sambil ketawa sinis.

UMNO PUNCA ANAK KHIR JOHARI PILIH DAP

SHAH ALAM – UMNO sekarang yang dikatakan berbeza dengan UMNO ketika zaman ayahnya membuatkan anak Allahyarham Tan Sri Khir Johari berjuang bersama DAP sehingga dilantik menjadi setiausaha politik kepada Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng.

Zairil Khir , 28, berkata, UMNO yang pernah diperjuangkan ayahnya bersama Tunku Abdul Rahman Putra, kini adalah sebuah parti politik yang 'kosong' dan hanya tinggal jasad.
"Saya sendiri amat kecewa melihat keadaan ini. UMNO sering diperalat pemerintah bagi kepentingan peribadi," katanya kepada Sinar Harian.

Dalam situasi ini, katanya, DAP sebagai parti berbilang kaum sama seperti PKR menganggap perjuangan politik berasaskan sentimen perkauman sudah tidak relevan.

"Kita mahu tumpu kepada politik progresif untuk kebaikan bersama," katanya.

Zairil berkata, beliau sendiri sedar ramai yang memandang serong kepadanya apabila anak kepada seorang pengasas UMNO dan pejuang kemerdekaan memilih untuk berpolitik bersama DAP, bukan UMNO.

“Mereka yang berpandangan demikian tidak berupaya untuk melangkaui rangka pemikiran sempit. DAP ada wakil tertinggi daripada setiap kaum. Dalam sejarahnya, pernah ada Melayu jadi pemimpin DAP. Jelas sekali ini sebuah parti berbilang kaum,” katanya.

Zairil turut menafikan tanggapan sesetengah pihak beliau guna populariti nama ayahnya sebagai batu loncatan, manakala DAP pula sekadar mahu meraih kemenangan moral apabila anak kepada seorang pemimpin besar UMNO me­nyertai parti itu, malah diberi jawatan tinggi.

“DAP tidak gun nama ayah saya. Media yang gembar-gemburkan isu itu. Namun saya tidak boleh lari daripada hakikat bahawa ayah saya seorang daripada pengasas UMNO,” katanya.
Ditanya mengenai dakwaan beliau hanya satu watak dalam 'wayang’ kepada DAP untuk menunjukkan parti tersebut berbilang kaum, Zairil menegaskan, pelantikannya bukanlah 'alang-alang' kerana diberi jawatan mencabar.

“Saya bekerja bawah ketua yang sentiasa mempunyai ekspetasi yang tinggi terhadap hasil kerja pegawai-pegawainya,” katanya.

27 Februari 2011

POLITIK KUNO UMNO SEMARAK KEBENCIAN KAUM

KEPALA BATAS, 27 Feb: Sistem politik kuno yang diamalkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) adalah bersifat perkauman yang sempit dan menyemarakkan kebencian antara sesama kaum dalam negara ini.

Amalan yang dipraktikkan Umno dan BN ini bukan saja merbahaya untuk diamalkan dalam sebuah negara berbilang kaum, malah ia memberi implikasi negatif yang begitu buruk kepada perpaduan dan hubungan antara etnik dalam negara ini.

Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr.Mujahid Yusof Rawa berkata demikian ketika berceramah di Dewan Millenium, Kepala Batas malam tadi dalam program Penang Harmoni 2, anjuran Lajnah Penerangan PAS Pulau Pinang.

Menurut Mujahid lagi, Pakatan Rakyat (PR) yang bermati-matian untuk mendapatkan kuasa pemerintahan bukannya untuk menggantikan Umno dan BN dengan menjadikan amalan mereka sebagai ikutan.

Sebaliknya kerajaan PR meletakkan kepentingan semua golongan masyarakat berdasarkan kepada keadilan dan keharmonian kaum yang tidak pernah dilaksanakan oleh Umno dan BN semasa memerintah negara ini.

Katanya lagi, berlakunya perpecahan kaum dalam masyarakat negara ini adalah kerana amalan yang dipraktikkan oleh BN dan komponennya seperti Umno, MCA, MIC dan juga Gerakan yang mengamalkan sikap pecah dan perintah.

"Sikap ini jugalah yang menanamkan sifat kebencian yang boleh menggugat keharmonian dan kesepaduan kaum dalam negara. Apabila Umno bercakap mengenai Melayu, MCA pula bercakap mengenai orang Cina dan MIC bercakap mengenai bangsanya sahaja.

"Ini menimbulkan prejudis suku kaum masing-masing dengan menidakkan keperluan yang semestinya diberikan kepada kaum lain yang terpinggir dan memerlukan," katanya.

Beliau yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang mahu rakyat menjadikan kebangkitan di Mesir dan Libya sebagai satu bukti nyata sistem pemerintahan diktator dan tidak adil mampu untuk menumbangkan kerajaan yang ada.

"Umno dan BN juga sudah tidak lama untuk bertahan dalam politik negara ini, setelah dengan jelas memperlihatkan kegagalan mereka untuk membawa reformasi dan keadilan dalam pentadbiran negara selama 53 tahun menjadi pemerintah," ujarnya lagi.

Hadir bersama dalam majlis tersebut ialah Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Muslimat PAS Pusat dan negeri, Ustazah Noridah dan Ustazah Rahmah Mat Isa. hrk

25 Februari 2011

BLOGGER UMNO TUDUH MENTERI DARI JOHOR 'GAY'


Sumber asal ditulis dalam blog pro UMNO. Jadi kalau tak benar, nak saman, samanlah.. tuan blog yang bawa cerita ini. Baca seterusnya anotherbrickinwall.blogspot.com

24 Februari 2011

PRK MERUPAKAN RAHMAT DAN BALA PENDUDUK SETEMPAT

Setiap kali adanya PRK, takkala itu juga penduduk akan menumpang meraih keuntungan segera. Apa tidaknya, menjelang hari penamaan calon, hari pengundian dan hari-hari berkempen akan meningkatkan pendapatan peniaga dan penduduk setempat.

Bayangkan sewa rumah untuk petugas yang biasanya sekitar RM200 mencecah ke RM2,000 sebulan ketika PRK. Ianya benar-benar mendatangkan hasil yang lumayan.

Selain sewa rumah dan bilik-bilik hotel dijadikan sebagai transit, turut meraih pendapatan adalah perniagaan makanan dan restoren.

Manakala pencacai-pencacai politik pula akan diupah untuk memasang poster, banner dan membina pondok panas.

Itu belum lagi termasuk projek 'kebetulan' yang tiba-tiba akan dirasmikan pada waktu yang sama. Pendek kata segala sumbangan dan peruntukan seperti membaiki jalan, masjid, sekolah dan lain-lain akan diumumkan ketika itu juga.

Malah dengan bangganya pemimpin dari parti biru karat mengisytiharkan peruntukan berjuta-juta ringgit bagi mendapat sokongan pengundi.

Nampaknya semakin ramailah rakyat akan mendoakan wakil rakyat di tempat mereka mati apabila mereka memerlukan bantuan atau sumbangan. Itulah jalan yang paling mudah untuk mendapatkan peruntukan bantuan untuk masjid, surau dan sekolah-sekolah.

Bila sahaja lepas PRK, janji sebelumnya hanya sekadar menanam tebu dibibir. Akhirnya kebanyakkan projek hanyalah berstatus 'terbengkalai'. Pengundi hanya mampu gigit jari. Padan muka hangpa!...

23 Februari 2011

MINTA LAH... APA SAJA, PASTI DORAEMON UMNO AKAN TUNAIKAN

Doraemon UMNO

PAS yakin semua permintaan rakyat di Kerdau dan Merlimau akan ditunaikan oleh Barisan Nasional (BN) sempena dengan pilihan raya kecil kedua-dua kawasan itu sekarang.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, beliau yakin, jika rakyat minta sungai atau betulkan jalan yang bengkang bengkok pun akan ditunaikan oleh kerajaan BN sekarang.

"Tuan-tuan mintalah apa sahaja. Musim ini tuan-tuan, kalau nak sungai pun mereka akan lulus. Kalau tuan-tuan nak luruskan jalan yang bengkang bengkok pun, mereka akan buat," kata beliau di majlis ceramah dekat sini.

Namun begitu, Tuan Ibrahim yang juga Yang Dipertua PAS kawasan Kuala Krau dan Pesuruhjaya PAS Pahang mengingatkan rakyat kawasan itu agar mengingati apa yang berlaku dalam kawasan pilihan raya kecil sebelum ini.

"Sebelum tuan-tuan percaya kepada janji-janji mereka, tuan-puan kena ingat pilihan raya kecil Sanggang di Temerloh sebelum ini. Ketika itu, beratus-ratus lori bawa batu jalan masuk ke kampung-kampung untuk membaiki jalan yang berlubang.

"Namun, akhirnya selepas pilihan raya, batu itu tinggal batulah. Jalan raya tuan-puan tetap macam itu juga," katanya mengingatkan janji BN semasa pilihan raya kecil Sanggang sebelum ini.

Kerdau adalah kawasan pilihan raya yang berjiran dengan kawasan pilihan raya kecil Sanggang sebelum ini.

Dalam pilihan raya itu, PAS meletakkan Datuk Hishamudin Yahya untuk bertanding namun kalah di tangan calon BN.

Tuan Ibrahim mengingatkan, kali ini orang-orang yang sama dengan watak-watak yang sama akan datang lagi ke Kerdau.

"Namun tuan-puan kena ingat, jangan sampai tertipu buat kali kedua," katanya.

Menurut Tuan Ibrahim, walaupun BN menang beberapa pilihan raya kecil kebelakangan ini, mereka sangat takut dengan kebangkitan rakyat sejak 2008 hingga kini.

"Walaupun PM menang besar dalam pilihan raya umum 2008, namun kenaikan yang ketara jumlah pengundi di Pekan menunjukkan PM sendiri sangat bimbang.

"Sebab itu, Perdana Menteri selalu saja mengulangi, Mesir tidak sama dengan Malaysia. Percayalah di Malaysia, rakyat yang kena dulu, Mesir tidak," katanya merujuk kepada kebangkitan rakyat Mesir.

Menurut Tuan Ibrahim, Umno sangat bimbang dengan tawaran 100 hari pertama Pakatan Rakyat melalui buku Jingganya.

"Sewaktu kita tawarkan program 100 Paktan Rakyat, PM berulang kali berkata, negara akan bangkrap jika ia dilaksanakan," katanya.

Sebenarnya, kata Tuan Ibrahim, tawaran yang dibuat oleh Pakaran Rakyat itu berdasarkan kajian teliti dan penyelidikan mendalam yang dibuat dan atas kemampuan negara.

"Yang paling menakutkan mereka, bila kita berjanji nak beri RM500 elaun tambahan sebulan kepada semua guru di Malaysia. Mereka kata, negara akan bangkrap.

"Namun, baru-baru ini, lebih 800 guru-guru besar dinaikkan gaji mereka...boleh pula," kata Tuan Ibrahim.

Pakatan Rakyat juga, kata Tuan Ibrahim, menawarkan untuk menghapuskan tol dalam program 100 harinya.

"Baru-baru ini, Perdana Menteri mengumumkan penurunan kadar tol....kalau panjanglah lagi tempoh menjelang pilihan raya ini, mereka akan tiru satu persatu cadangan kita," kata beliau.

19 Februari 2011

BOB LOKMAN SERTAI PAS

Pelakon dan penulis lirik terkenal Bob Lokman hari ini mengejutkan banyak pihak apabila hadir ke himpunan besar Pemuda PAS dan di Alor Setar bagi memohon menyertai parti Islam itu.

Beliau menyerahkan borang keahliannya kepada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak yang juga pesuruhjaya PAS negeri.

Bagi Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, penyertaan golongan selebriti itu diharapkan memberi anafas baru kepada PAS supaya parti itu dianggotai pelbagai lapisan masyarakat.

"Kami rasa ini akan menarik perhatian lebih ramai golongan muda...," kata Mahfuz kepada Malaysiakini.

Bagaimanapun, tambahnya, Bob - penulis lirik lagu terkenal Isabela nyanyian Search - bukanlah artis pertama yang menyertai PAS.

Sebelum ini terdapat juga artis lain seperti Akill Hayy dan Ito daripada kumpulan Blues Gang menyertainya, kata Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena.

Sementara Amy Searh pula didakwa agak dekat dengan pemimpin PAS dan sering hadir ke program parti itu.

"Kami sebenarnya popular di kalangan rockers (penyanyi rock)," kata Mahfuz sambil berjenaka.

16 Februari 2011

HANYA 36 PENDUDUK JELI UNDI MUSTAPA. KAH!...3X

JELI, 16 Feb: Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed mungkin menyembunyikan kekuatan sebenar Umno di parlimen Jeli dan Ketereh apabila hanya bergantung kepada undi tentera.

Malah di Jeli pula ada tambahan undi Orang Asal berjumlah 400 orang. Ini bermakna kalau dicampur undi pos dan Orang Asal berjumlah 4,400 orang pada pilihan raya umum lalu.

Dan pada pilihan raya umum lalu Mustapa mendapat majoriti 4,436 undi. Ini bermakna undi awam (penduduk di Jeli) yang mengundi Ketua Umno Jeli itu sekitar 36 orang sahaja.

Manakala di parlimen Ketereh pula terdapat kira-kira 3,000 undi pos pada pilihan raya umum lalu. Calon BN di Ketereh ketika itu, Tan Sri Annuar Musa tidak bernasib baik kerana tiada undi tambahan di kalangan masyarakat Orang Asal.

Telahan itu dapat dibuat apabila peratusan undi pos dan Orang Asli lebih 85 peratus berpihak kepada BN pada mana-mana pilihan raya di negara ini.

Yang Dipertua PAS Jeli, Mohd Apandi Mohamed berkata, berdasar kepada situasi itu calon BN di parlimen Jeli sudah ada 4,400 undi bonus dalam tangan sekarang.

”Sebab itulah sekarang Pengerusi Perhubungan Umno negeri bercakap mahu merampas Kelantan pada pilihan raya umum akan datang kerana kedudukannya di Jeli sudah selesa,” katanya di sini.

Mengulas isu sama Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Kelantan, Abdul Aziz Abdul Kadir berkata, Mustapa lebih selesa berada di Jeli berbanding kampung asalnya di Bachok kerana faktor undi pos.

Kata beliau undi pos di kalangan anggota tentera hanya ada di parlimen Ketereh, Jeli dan Pengkalan Chepa.

”Sebab itulah ramai ketua bahagian Umno mahu mengintai peluang untuk bertanding di Jeli dan Ketereh. Pengkalan Chepa tidak menjadi fokus kerana undi pos tidak besar,” katanya ketika dihubungi di Ketereh.

Pada pilihan raya umum lalu Abdul Aziz menang di Ketereh dengan majoriti 400 undi mengatasi Annuar Musa.

Bagaimanapun Apandi pernah menang di parlimen Jeli pada pilihan raya umum 1999 menewaskan Mustapa ketika gelombang reformasi mulai tercetus.

Ekoran kekalahan tersebut Mustapa dilantik sebagai senator untuk membolehnya dilantik sebagai menteri.

Apandi juga berkata, biar pun Jeli mempunyai kelebihan kepada Umno dan BN, namun dengan kerja keras semua anggota parti Pakatan Rakyat membolehkan sejarah 1999 berulang semula.

Kata beliau tumpuan sekarang menggerakkan pelbagai program sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum tidak lama lagi.

”Kita sudah jalankan pelbagai aktiviti dan program bagi menjelaskan pelbagai isu kepada rakyat di Jeli,” katanya.

Dalam perkembangan lain beliau melahirkan rasa bersyukur apabila dakwaan ke atasnya sebelum ini mengemukakan tuntutan palsu sudah dibersihkan mahkamah.

Beliau berkata, mahkamah sesyen di Kuala Lumpur pada 11 Febuari lalu membebaskannya terhadap 13 pertuduhan memalsukan dokumen berkaitan sewaan hotel pada tahun 2002.

“Saya meluahkan berbanyak-banyak rasa syukur kerana dibebaskan daripada tuduhan membuat tuntutan palsu semasa berkhidmat sebagai wakil rakyat di Jeli,” katanya.

Baru-baru ini Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membebaskan Mohd Apandi terhadap 13 pertuduhan memalsukan dokumen berkaitan sewa hotel.

Hakim Mohd Nasir Nordin membebaskan tertuduh selepas pihak pendakwa gagal membuktikan kes prima facie.

Sebelum itu beliau didakwa mengemukakan tuntutan palsu sewa hotel Perdana Resort di Pantai Cahaya Bulan berjumlah RM31,050.

Penduduk Jeli juga ketika ditemui meluahkan rasa gembira memandangkan isu yang dipasang bagi menjerat Apandi sebelum ini sudah tidak ada lagi.

Penyelia Dun Bukit Bunga, Suply Abdul Razak berkata, Umno tidak mampu lagi menggunakan isu dakwaan penyelewengan terhadap Apandi memandangkan beliau sudah dibersihkan mahkamah. hrk

14 Februari 2011

SERVIS SYARIKAT SENHENG SRI GOMBAK MACAM CIBAI

Selalunya kita sering dengar rungutan dari pengguna Streamyx dan Berukband tentang perkhidmatan yang diberikan sangat lembab macam siput stendet babi. Bayar mahal tapi perkhidmatan hampeh!...

Dan yang ini pula cerita seorang kawan menceritakan kepada saya tentang perkhidmatan servis selepas jualan syarikat SenHeng macam cibai... Katanya dia menyesal sebab dah terbeli barangan letrik di syarikat tu. Dia minta tolong saya siarkan masalahnya kat blog ni agar pengguna lain agar berhati-hati dan jangan terpedaya dengan janji-janji manis syarikat berkenaan yang menawarkan servis extra.

Di bawah ini saya turunkan ceritanya.

Tahun lepas kami ke SenHeng cawangan Sri Gombak yang dikendalikan oleh JY Electrical Enterprise. Kebetulan ada duit lebih dan kami bercadang nak beli peti ais dua pintu. Maklumlah, peti ais sedia ada kat rumah tu kecik. Guna perkhidmatan dia pun hampir 20 tahun, nak jugak pakai peti ais yang besar sikit.

Akibat terpedaya dengan janji-janji servis selepas jualan di SenHeng maka kami pun meninjau-ninjau apa jenama yang bagus serta berkenan dihati. Yang penting pada kami waktu tu adalah warranty dan repair service.

Kami pun setuju nak ambik peti ais dua pintu jenama terkenal. Promoter menjelaskan jaminan dari pengilang selama 1 tahun, manakala pihak SenHeng pula akan extra 1 years warranty jika kami bersetuju membayar sebanyak RM12 sebagai servis tambahan.

Nak jadi cerita, baru-baru ini peti ais nie... dah buat hal. Belum pun sampai 2 tahun, peti ais tu dah ada masalah. Ngeee!... Terperasan, apasal peti ais nie sekejap sejuk sekejap tak sejuk. Barang yang ada kat dalam peti ais seolah-olah macam simpan kat luar peti ais jer!... baik takyah pakai peti ais.

Teringat yang peti ais nie masih dalam jaminan extra, jadi kami pun hubungi SenHeng Sri Gombak dimana tempat yang kami beli dulu untuk dia periksa. Masa kontek tu sebelum raya cina baru ni. Dia janji akan settlekan masalah tu dalam 1 minggu selepas laporan dibuat.

Haram!..., sampai sekarang "barua" dari SenHeng tu tak muncul-muncul untuk tengokkan apa masalah peti ais tu... Ooo... masa belum beli, beria-ia kamu kempen suruh tambah tempoh masa jaminan. Tapi sekarang bila dah berlaku masalah pada peralatan yang dibeli, kamu nak buat dono pulak!... Memang celaka betul, pengurus kedai tu yang kendalikan kedai syarikat Seng Heng tu...

Mulai dari sekarang, kami nak jalankan kempen "boikot barangan dari Syarikat SenHeng".

Komen: Gua tak campur beb!...

12 Februari 2011

DARI TENANG ---> MERLIMAU --> KERDAU

ADUN Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim daripada Umno meninggal dunia petang tadi.

Allahyarham dikatakan menghembuskan nafas terakhirnya ketika dalam perjalanan ke hospital selepas dilaporkan terjatuh di bilik air rumahnya.

Menurut laporan Bernama, Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh Supt Zundin Mahmood berkata pihak Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh mengesahkan Zaharuddin, 63, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital berkenaan pada jam 6.30 petang. Sejak setahun lalu, Zaharuddin seringkali keluar masuk hospital kerana pelbagai penyakit. Kali terakhir adalah pada November tahun lalu di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Hospital di Temerloh kerana tekanan darah yang tidak menentu. Allahyarham juga sebelum ini pernah dimasukkan ke IJN pada 9 Mei tahun lalu apabila berlaku masalah pada buah pinggang dan jantungnya selepas menjalani pembedahan ulser usus.

"Masih belum dapat dipastikan sama ada Datuk Zaharuddin mengalami serangan jantung ketika terjatuh di dalam bilik air," kata Supt Zundin.

Kematian itu menyaksikan pilihan raya kecil kali ke-16 bakal diadakan selepas pilihan raya umum 2008. Ia adalah pilihan raya kecil pertama di Pahang. Mengikut undang-undang pilihan raya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mesti mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari. Ketika ini, parti-parti politik sibuk membuat persiapan bagi pilihan raya kecil ke-15 bagi mengisi kekosongan kerusi dewan undang negeri Merlimau, Melaka akibat kematian Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan kerana sakit jantung. Zaharuddin, 63, menang kerusi DUN Kerdau pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 1,615 undi, menewaskan calon PAS, Hassanudin Salim. Kawasan tersebut mempunyai pengundi yang terdiri daripada 89 peratus Melayu, 6 peratus Cina, 3.7 peratus India dan 2.5 peratus kaum-kaum lain.

Sejak pilihan raya umum 2008, 12 wakil rakyat telah meninggal dunia akibat pelbagai penyakit termasuk serangan jantung, kanser, angin ahmar dan jangkitan paru-paru. Daripada baki itu, tiga pilihan raya kecil terpaksa diadakan selepas wakil rakyatnya mengosongkan kerusi masing-masing - iaitu di paerlimen Permatang Pauh dan kerusi negeri di Penanti dan Bukit Selambau. Pilihan raya kecil pula terpaksa diadakan di parlimen Batu Sapi apabila penyandangnya, Datuk Edmund Chong terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya. Jumlah pilihan raya kecil sepanjang tempoh tiga tahun lalu ini dianggap antara yang tertinggi dalam sejarah pilihan raya negara

18 HARI DEMONTRASI UNTUK TUMBANGKAN MUBARAK

Setelah 18 hari rakyat Mesir berhimpun untuk singkirkan Presiden mereka, akhirnya semalam. Si pencacai Yahudi, Mubarak mengumukan meletak jawatan. Pengumuman Mubarak itu nyata telah menggembirakan seluruh rakyat Mesir dan juga umat islam di serata dunia.

Jelas bahawa kuasa rakyat telah membuktikan bahawa kuasa mereka, kuasa keramat. Tanggal 11 Februari 2011, mencatatkan kuasa rakyat mampu menumbangkan sesebuah kerajaan yang diktator. Mungkin kebetulan, tarikh 11 Februari ini turut mencatatkan kejayaan rakyat dalam Revolusi Iran (11 Februari 1979) dan juga pembebasan Nelson Mendela pada 11 Februari 1980 selepas puluhan tahun dipenjara.

Apapun jelas di sini bahawa kuasa rakyat terserlah dalam Revolusi di Mesir yang sebelum ini dicetuskan di Tunisia. Penyertaan mereka dalam demokrasi tempang di Mesir selama 30 tahun, nyata tidak berhasil. Maka sebablah itu rakyat Mesir bangkit di jalanan dan bertindak melawan diktator itu secra kekerasan sepertimana diperkatakan oleh John F. Kennedy, Presiden US ke 35 bahawa revolusi secara keamanan (pilihanraya) yang mustahil akan membuatkan revolusi secara kekerasan dan ia tak dapat dielakkan.

Those who make peaceful revolution impossible will make violent revolution inevitable.

Rakyat Malaysia?? Takkan tak cemburu dengan kebangkitan rakyat di Mesir dan Tunisia..takkan baca berita je…kurang-kurang pun…goyanglah sikit kerajaan UMNO yang satu spesis dengan Mubarak ini.. tunhisyamuddin

08 Februari 2011

BIAR BETUL!... ISA YANG PUNYA PASAL

Pelantikan bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai pengerusi Felda menyebabkan pasaran saham menjadi tidak menentu, kata ketua pegawai eksekutif, Maybank Investment, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

“Terdapat banyak GLC yang mempunyai bekas ahli politik dilantik sebagai pengerusi tetapi bagi Felda, adalah kes yang jarang berlaku di mana pasaran bimbang dengan pelantikan itu. Ia memberi isyarat yang salah,” katanya.

Bercakap di forum anjuran badan pemikir, Ideas, Tengku Zafrul bagaimanpun berkata pelantikan berkenaan mungkin disebabkan kekurangan calon di mana jawatan utama di syarikat-syarikat berkepentingan kerajaan mesti diisi oleh calon bumiputera.

Meskipun Tengku Zafrul agak berdiplomasi ketika memberika alasannya, rakan panel Anggota Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC), Zainal Aznam Mohd Yusof berkata rekod Mohd Isa yang terpalit dengan gejala rasuah adalah punca kebimbangan pasaran.

Mohd Isa didapati bersalah kerana terbabit dengan politik wang ketika pemilihan parti itu dan digantung jawatannya oleh lembaga disipin Umno pada 2005.

“Adalah hari yang sedih apabila Isa dilantik sebagai pengerusi Felda,” kata Zainal Aznam.Menurutnya, pembaharuan sebenar hanya boleh dicapai jika ada pengharaman menyeluruh pelantikan ahli politik mengetuai GLC.

“Kenapa tidak katakan sahaja ahli politik tidak boleh dilantik, tidak kira parti mana yang diwakili, atau sama ada awak adalah korup?

“Rasuah berkait dengan kuasa, jadi andaian asas adalah (ahli politik) dilabel sebagai korup,” katanya sambil menambah pelantikan Isa satu tamparan kepada reputasi baik Felda di kalangan negara-negara membangun.

MERLIMAU - CALONKAN ROSMAH WAKILI BN

KUALA LUMPUR, 8 Feb: Adalah amat dikesali bila mana isteri kepada Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor yang cuba mengambil kesempatan publisiti atas misi murni menyelamat rakyat Malaysia di Mesir baru-baru ini.

“Peranan beliau dalam misi ini nampaknya sudah melebihi tugasan seorang Menteri. Saya melihat keadaan ini jelas menunjukkan bahawa Rosmah sebenarnya mahukan pengiktirafan dalam kerja kuatnya di Oman, Bahrain dan kini di Mesir,” kata Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Maka, katanya adalah sesuai sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) memberi peluang kepada Rosmah untuk bertanding di PRK Merlimau yang akan datang.

Tambahnya, cabaran itu juga sesuai buat BN sebagai pujukan kepada hasrat Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang telah gagal meletakkan calon wanita pada PRK Tenang lalu.

Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang melihat pemilihan Rosmah amat penting bagi menyelamatkan berjuta-juta wang rakyat Malaysia daripada terus dibazirkan dalam siri jelajah dunia dan pelbagai persidangan mengarut di bawah rancangan ‘Wanita Pertama’ Malaysia ini.

“Andai benar PM Najib mahu buktikan perubahan, saya mencabar beliau untuk menerima cabaran ini,” ujarnya. hrk

05 Februari 2011

KALAULAH YANG SKANDAL ITU DARI PEMIMPIN PR

Blogger pencacai UMNO Se-Melaysia hanya mendiamkan diri apabila apa yang berlaku terkena kepada batang hidung pemimpin mereka. Kalaulah ianya terjadi kepada orang PR, dijaja semahu-mahunya puak-puak pencacai UMNO-BN laknatullah sehingga 7 hari 7 malam dicanangnya dari laman-laman blog sehingga ke surat khabar dan media TV.

Biasalah!... dah namanya pun pencacai UMNO-BN laknatullah!... seterusnya disini dan disini.

03 Februari 2011

MERLIMAU - DOAKAN SAHAJA WAKIL RAKYAT ANDA MATI

Trend mengula-gulakan rakyat kini bakal bertapak di Merlimau pula setelah kejayaan cemerlang UMNO-BN berjaya dilakukan di DUN Tenang, Labis baru-baru ini.

Bukan main seronok pengundi-pengundi serta pencacai-pencacai UMNO-BN meraikan kemenangan calon mereka tanpa sedar ianya disusuli dengan hadiah kenaikkan harga minyak RON97 sebanyak RM0.10 daripada RM2.40 kepada RM2.50 pada keesokkan harinya.

Disini saya bukan hendak memfokuskan tentang kemenangan calon mereka tempohari, apatah lagi mahu berkongsi kegembiraan dengan makcik/pakcik felda. Yang ingin diketengahkan di sini adalah berkaitan dengan projek dan bantuan mee segera.

Dijangkakan limpahan projek serta bantuan yang akan disalurkan di DUN Merlimau akan dilaksanakan selewat-lewatnya ketika hari penamaan calon pada 26 Feb ini.

Telah terlalu banyak contoh yang kita dengar, baca dan lihat disekeliling kita apabila setiap kali diadakan PRK maka sogokkan projek serta bantuan pilihan raya pasti akan mewarnai suasana.

Nampaknya semakin ramailah rakyat akan mendoakan wakil rakyat di tempat mereka mati apabila mereka memerlukan bantuan atau sumbangan. Itulah jalan yang paling mudah untuk mendapatkan projek mee segera serta bantuan untuk masjid, surau dan sekolah-sekolah.

Lebih kerap wakil rakyat mati bermakna lebih cepatlah bantuan dan sumbangan akan tiba untuk penduduk setempat. Tak kiralah samada ianya dari wakil rakyat BN atau pembangkang.

Persoalannya, adakah kematian wakil rakyat merupakan tiket untuk mendapatkan bantuan segera? Jadi, apakah fungsi wakil rakyat semasa hidupnya.

Pilihanraya kecil di mana pula selepas di DUN Merlimau?

02 Februari 2011

MERLIMAU - BERSEDIA DENGAN LIMPAHAN PROJEK DAN BANTUAN SEGERA

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan lawatan sehari ke Merlimau pada 19 Feb depan untuk meninjau kemajuan pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata antara aturcara sempena lawatan Perdana Menteri ialah merasmikan pecah tanah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jasin, yang dibangunkan dengan anggaran kos RM300 juta di atas tanah milik Yayasan Melaka.

Beliau juga dijadual melakukan pecah tanah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT) Merlimau, melakukan tinjauan mesra di Pekan Merlimau dan pada sebelah malamnya menghadiri jamuan rakyat serta jamuan Tahun Baru Cina di pekan itu.

Sempena lawatan itu, Najib, yang juga pengerusi BN akan mendengar taklimat persediaan pilihan raya kecil DUN Merlimau, kata Mohd Ali kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan, di Seri Bendahara di Melaka hari ini.

Pilihan raya kecil DUN Merlimau akan diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan daripada BN pada 20 Jan lepas akibat serangan jantung.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya itu pada 26 Februari manakala hari pengundian pada 6 Mac jika ada pertandingan.

Mohd Ali berkata lebih banyak kawasan industri baru akan dibangunkan di DUN Merlimau, antaranya di Lipat Kajang bagi pembangunan lebih pesat.

Mengulas mengenai pilihan raya di DUN berkenaan, beliau berkata Merlimau merupakan kubu kuat BN sejak dahulu dan menyaksikan banyak pembangunan.

"Saya juga percaya sentimen pengundi di DUN itu kuat dan berada dalam mood yang baik untuk terus menyokong BN kerana banyak jasa ditinggalkan oleh Allahyarham Mohamad Hidhir untuk pembangunan Merlimau," katanya.

Pada pilihan raya umum 2008, Mohamad Hidhir menewaskan calon PAS Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi.

DUN itu mempunyai 10,679 pengundi pendaftar. - Bernama