Tengok nii.."Pencacai" Umno Kelas "A"..??
Pemuda yang mahu dikenali sebagai Dee, 37, berkata pendapatannya yang boleh mencecah RM500 sehari itu, sanggup ditinggalkan demi memastikan Barisan Nasional (BN) menang pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Ahad ini yang sekaligus membolehkan agenda pembangunan di kampungnya diteruskan.
"Saya dengan rela hati turun padang membantu BN dengan memasang bendera di sekitar kampung saya tidak kira siang atau pun malam demi memastikan BN menang. Kami di kampung berasa amat selesa di bawah pentadbiran BN," katanya dengan penuh semangat.
Dee berkata walaupun sedar tugasan itu mengundang risiko namun beliau dan rakan-rakannya sanggup melakukan tugas itu secara sukarela.
"Kalau nak kira bayaran, dah banyak dah kita dapat manfaat daripada bantuan kerajaan. Jadi bayaran itu bukan masalahnya. Dapat air dan sekotak rokok pun kami dah gembira," katanya yang turut disokong rakannya Rozaimi Mohd Ali, 24. karatijau.blogspot
Tiada ulasan:
Catat Ulasan